Judul : Mahkamah: Pengurusan Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Mansor Di Tetapkan 15 Dis Ini !
link : Mahkamah: Pengurusan Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Mansor Di Tetapkan 15 Dis Ini !
Mahkamah: Pengurusan Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Mansor Di Tetapkan 15 Dis Ini !
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Dis ini untuk pengurusan kes Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika ditanya perkembangan kes tersebut yang sebelum ini ditetapkan untuk pengurusan kes semalam.
"Semalam (pengurusan kes) dilapangkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengurusan kes diubah ke 15 Dis ini," katanya menerusi WhatsApp.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan melapangkan perbicaraan kes pengubahan wang haram itu yang sepatutnya bermula Mei lalu, bagi memberi keutamaan kepada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Rosmah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 12 hingga 14 Mei; 6 hingga 9 Julai; 13 hingga 16 Julai dan 20 hingga 24 Julai lepas untuk perbicaraan kes isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah: Pengurusan Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Mansor Di Tetapkan 15 Dis Ini !
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Pengurusan Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Mansor Di Tetapkan 15 Dis Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/mahkamah-pengurusan-kes-pengubahan-wang.html

0 Response to "Mahkamah: Pengurusan Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Mansor Di Tetapkan 15 Dis Ini !"
Catat Ulasan