Loading...

Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K

Loading...
Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K
link : Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K

Baca juga


Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K

 

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat mengambil pendekatan berbaik-baik dengan pembangkang dengan menyebut Pakatan Harapan (PH) di negeri itu sebagai 'rakan strategik'.

Dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di DUN Johor hari ini, Hasni juga mengumumkan peruntukan tambahan secara 'one 0ff' sebanyak RM50,000 kepada semua Adun termasuk ADUN pembangkang bagi menangani wabak Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM200,000 diberikan kepada ADUN pembangkang selepas peruntukan sebanyak RM50,000 kepada mereka dinaikkan kepada RM150,000 bulan lalu.

"Kita menganggap pemimpin PH bukan ‘orang asing’ dalam Kerajaan Negeri Johor.

"Para pemimpin PH adalah ‘rakan strategik’ dalam memaju dan memakmurkan negeri Johor. Sebagai ‘rakan strategik’, kita amat menghargai pandangan walaupun mungkin wujud perbezaan daripada segi pemikiran dan ideologi.

"Atas pemikiran inilah, kita mahu memberi keabsahan kepada barisan pembangkang dengan menaikkan peruntukan sebanyak RM150,000.

"Kenaikan ini adalah bertujuan untuk menjayakan pengurusan dan program berkebajikan, tanpa sebarang halangan di kawasan-kawasan yang diwakili pihak pembangkang.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga sedar bahawa isu yang berkaitan dengan Covid-19 di negeri itu semakin serius.

"Sehubungan dengan itu, peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 diberi secara one-off kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor," katanya.

Hasni dilihat mengambil pendekatan berbaik-baik dengan pembangkang selepas terdapat kebimbangan bahawa Bersatu akan melakukan perkara sama dilakukan UMNO di Perak, yang menyaksikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan.

Sementara itu, ADUN Skudai DAP, Tan Hong Pin mengalu-alukan pendekatan baru diambil oleh Hasni.

"Kedudukan dan fungsi wakil rakyat parti pembangkang perlu diiktiraf. YAB MB Johor telah memulakan usaha baru yang baik dan disokong padu.

"Semoga kita dapat sama-sama meletakkan batu asas untuk demokrasi yang kukuh buat negeri dan bangsa Johor yang istimewa dan tercinta," katanya di Twitter. #sumber



Demikianlah Artikel Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K

Sekianlah artikel Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/menteri-besar-johor-anggap-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan 'Rakan Strategik', Tambah Peruntukan RM50K"

Catat Ulasan

Loading...