Judul : MKN: Kompleks SUKPA Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid-19 Warga Asing Berisiko Rendah
link : MKN: Kompleks SUKPA Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid-19 Warga Asing Berisiko Rendah
MKN: Kompleks SUKPA Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid-19 Warga Asing Berisiko Rendah
KUANTAN -- Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini, akan diaktifkan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan pesakit COVID-19 bukan warganegara berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang Zairasyahli Shah Zakaria berkata pusat tersebut akan diaktifkan selewat-lewatnya esok, dengan 115 pesakit akan ditempatkan di kompleks berkenaan yang mampu menampung lebih 140 individu.
Beliau berkata masyarakat setempat tidak perlu khuatir kerana tahap keselamatan di Sukpa dimaksimumkan dengan kawalan 24 jam dan penduduk boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.
"Kompleks ini dipilih berikutan tidak mahu mengganggu rawatan dan perkhidmatan sedia ada di hospital kerajaan serta memberi lebih ruang kepada rakyat Pahang mendapatkan rawatan terbaik.
"Pemilihan Sukpa juga kerana kes positif ini dalam kalangan warga asing. Kita tidak mahu akses rakyat Malaysia tersekat kerana dipenuhi oleh pesakit COVID-19 warga asing,” katanya kepada pemberita semasa meninjau persiapan pusat kuarantin berkenaan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel MKN: Kompleks SUKPA Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid-19 Warga Asing Berisiko Rendah
Anda sekarang membaca artikel MKN: Kompleks SUKPA Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid-19 Warga Asing Berisiko Rendah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/mkn-kompleks-sukpa-akan-di-aktifkan.html
0 Response to "MKN: Kompleks SUKPA Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid-19 Warga Asing Berisiko Rendah"
Catat Ulasan