Loading...

PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !

Loading...
PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !
link : PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !

Baca juga


PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !

 

KUALA LUMPUR – Pas memutuskan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu Perak selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun tidak akan bersama kerajaan baharu, Pas akan terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringat negeri mahupun nasional.

Beliau menjelaskan, Pas mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak dalam sidang DUN itu hari ini dan tiga ADUNnya mengundi menyokong Ahmad Faizal selaras dengan pendirian Lajnah Politik Pas Pusat.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu.

“Kita akan tetap berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pendirian Pas Perak selepas Ahmad Faizal secara automatik tidak lagi menjadi Menteri Besar selepas 48 dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat undian tidak bersetuju dalam undi belah bahagi.

Dalam undi itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi menyokongnya, manakala satu lagi berkecuali.

Berikutan itu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadap Sultan Perak untuk memaklumkan situasi persidangan DUN pagi tadi dan kedudukannya yang dicabar menerusi usul undi percaya. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !

Sekianlah artikel PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pas-putuskan-untuk-tidak-sertai-usaha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Putuskan Untuk Tidak Sertai Usaha Bagi Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu Perak !"

Catat Ulasan

Loading...