Loading...

PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

Loading...
PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional
link : PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

Baca juga


PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

 

KUALA LUMPUR - PAS tidak mahu mana-mana pihak mempersoalkan sama ada mereka benar-benar serius mahu menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya berpegang teguh kepada Piagam MN yang dimeterai bersama UMNO pada 14 September 2019 bagi mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

“Mana-mana pihak tidak perlu meminta PAS memilih sama ada hendak bersama MN atau tidak kerana PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah.

“MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam memperkasakan agenda Islam, Melayu, Bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia amnya secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara demi membangunkan negara inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna kulit mahupun anutan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Takiyuddin berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan dalam negara ini.

Katanya lagi, dengan mengekalkan komitmen dalam agenda besar MN, tiada suatu pun halangan yang dikenakan kepada UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN) mahupun PAS dari menyertai mana-mana gabungan atau kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Apa yang penting adalah gabungan UMNO dan PAS boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi PRU-15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.

“PAS amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya,” katanya.  #sumber



Demikianlah Artikel PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

Sekianlah artikel PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pas-tidak-mahu-mana-mana-pihak-persoal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Tidak Mahu Mana-Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional"

Catat Ulasan

Loading...