Judul : Pejuang Alam Sekitar, "Khaidir Ahmad" Dedah "Rancangan Jahat" Pihak Tertentu Menghalang Beliau Dari Terus Membongkar Penyelewengan
link : Pejuang Alam Sekitar, "Khaidir Ahmad" Dedah "Rancangan Jahat" Pihak Tertentu Menghalang Beliau Dari Terus Membongkar Penyelewengan
Pejuang Alam Sekitar, "Khaidir Ahmad" Dedah "Rancangan Jahat" Pihak Tertentu Menghalang Beliau Dari Terus Membongkar Penyelewengan
KUANTAN - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad hari ini mendakwa beliau sekali lagi akan dikenakan pihak berkuasa bagi menghalang dan mematikan suaranya dari terus memperjuangkan isu-isu alam sekitar terutamanya pencerobohan hutan di negeri Pahang.
Menurut Khaidir atau nama penanya Wartawan Tua, namun perkara ini terbongkar apabila didedahkan oleh 'orang dalam' yang tidak tergamak melihat beliau terus dianiaya oleh pihak berkuasa.
Katanya lagi, pembongkaran demi pembongkaran bersiri yang dibuat oleh beliau telah menyebabkan golongan perasuah, penyeleweng dan penyalahgunakuasa (3P) resah, gelisah dan kepanasan.
"Dengan Izin Allah SWT jua, seorang daripada anggota Group WhatsApp 3P (dianggotai pegawai kanan Pihak Berkuasa Negeri termasuk Pejabat Tanah, Pejabat Perhutanan dan PTG), tiba-tiba diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk membocorkan rancangan jahat mereka itu kepada Wartawan Tua bersama print screen mesej berkaitan," dakwa Khaidir.
" Duit kopi yang selama ini berlegar di saku mereka untuk membiayai gaya hidup mewah dan sebahagiannya diberi makan anak bini, semakin berkurangan dan ada yang terhenti terus!.
"Justeru mereka kini sedang berpakat mengatur strategi jahat lagi kotor bagi mencari jalan bagaimana boleh melumpuhkan sekali lagi kehidupan Wartawan Tua dan keluarga, sebagai ugutan terakhir supaya Wartawan Tua tidak lagi lantang bersuara membongkar kemusnahan alam serta kepentingan tanah Melayu yang tergadai dek kerakusan dan ketamakan golongan 3P, " tambah beliau.
Menurutnya lagi ia bukan mustahil kerana mereka telah melakukannya dengan tindakan salahguna kuasa yang zalim, sehingga Wartawan Tua jatuh muflis tetapi berjaya bangkit semula dengan Izin Allah SWT.
" Kali ini mereka mahu mengatur konspirasi yang lebih dahsyat dan zalim demi memastikan mereka boleh terus bebas memakan duit haram hasil daripada kegiatan haram, tanpa rasa bersalah dan takut kepada Allah SWT.
"Namun, mereka lupa akan kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya, temasuk kuasa sementara mereka yang sangat kecil dan cuma diberi pinjam oleh Allah sebagai amanah untuk kebaikan umat manusia dan bukan untuk keburukan," tambah beliau
Menurut Khaidir antara lain mesej pakatan jahat itu berbunyi:
Pegawai A: "Macam mana cara kita nak ajar Khaidir Wartawan Tua tu biar dia stop pembongkaran tu? Tak boleh biar macam ni... Lambat laun kita juga yang kena."
Pegawai B: "Kita saman lagilah macam Pejabat Tanah buat hari tu... Kali ni dakwa dia atas tuduhan memfitnah Kerajaan Negeri pulak. "
Pegawai C: "Dia dah muflis... Tak boleh nak buat apa dah... Saman pun tak ada guna.."
Pegawai D: "Saya tahu Khaidir ni... Harta dan tanah dia dah dipindahmilik kepada isterinya awal-awal lagi sebelum dia muflis... tapi kalau kita saman dia masih boleh rampas harta tu sebagai harta sepencarian."
Pegawai E: "Kalau payah sangat.... Kita cari jalan kaitkan dia dengan kes jenayah."
"Subhanallah.... Kerana ketagihan wang haram, mereka sudah hilang kewarasan dan pertimbangan sebagai seorang Melayu Islam.
" Teringat cerita filem-filem Tamil yang suka ditonton oleh Wartawan Tua pada zaman muda dulu, termasuk filem yang mengisahkan pihak berkuasa termasuk ahli politik dan polis bersekongkol dengan penjenayah kerana rasuah hingga sanggup menzalimi rakyat dan membunuh pihak yang menentang mereka," dakwa beliau.
Pada ketika itu beliau beranggapan kisah dalam filem Tamil berkenaan hanyalah cerita rekaan dan hiburan semata-mata, yang tidak mungkin berlaku dalam realiti walaupun di negara penerbitan filem berkenaan.
Namun katanya hari ini, kisah yang dianggap dongeng itu berlaku di Negeri Tanah Melayu yang dikuasai dan ditadbir oleh orang yang mengaku dirinya Islam.
"Nauzubillah. Insaflah wahai ahli politik dan pentadbir Melayu. Kuasa yang ada pada kamu hanyalah dipinjamkan sementara oleh Allah untuk kamu melaksanakan amanah agama, bangsa dan tanahairmu. Hidup kamu di dunia ini juga sementara seperti manusia lain yang tiada kuasa seperti kamu dan yang kamu zalimi. Semuanya akan hilang dan kita semua akan mati tanpa mengira tua atau muda.
"Tidakkah kamu telah melihat.... ahli politik 3P, pentadbir 3P... malah ketua 3P paling besar dan kaya sekalipun... telah dijemput Illahi dalam keadaan yang tragis sebelum malaikat maut mencabut nyawa mereka.
" Hari ini, jasad mereka sudah mereput bersama cuma sehelai kain kapan... tanpa harta, tanpa apa-apa kemegahan dunia. Hari ini, jika kamu bunuh aku sekalipun, dengan izin Allah SWT akan muncul sepuluh lagi Khaidir Ahmad @ Wartawan Tua... kerana PERJUANGAN menentang perasuah, penyeleweng dan penyalahguna kuasa... akan kekal hingga ke hari Kiamat... kerana menjelang akhir dunia, lebih ramai manusia mungkar seperti kamu akan muncul," kata Khaidir Ahmad lagi.
Info lanjut follow beliau di https://www.facebook.com/khaidir.ahmad3# PahangDaily
Demikianlah Artikel Pejuang Alam Sekitar, "Khaidir Ahmad" Dedah "Rancangan Jahat" Pihak Tertentu Menghalang Beliau Dari Terus Membongkar Penyelewengan
Anda sekarang membaca artikel Pejuang Alam Sekitar, "Khaidir Ahmad" Dedah "Rancangan Jahat" Pihak Tertentu Menghalang Beliau Dari Terus Membongkar Penyelewengan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pejuang-alam-sekitar-khaidir-ahmad.html
0 Response to "Pejuang Alam Sekitar, "Khaidir Ahmad" Dedah "Rancangan Jahat" Pihak Tertentu Menghalang Beliau Dari Terus Membongkar Penyelewengan"
Catat Ulasan