Judul : Pembela Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pencerobohan Tanah
link : Pembela Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pencerobohan Tanah
Pembela Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pencerobohan Tanah
KUANTAN - Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) kecewa dengan tindakan Mahkamah Tinggi Kuantan menangguhkan keputusan kes penceroboh tanah haram Musang King untuk mengepikan notis pengosongan tanah oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Pengerusinya, Hj Aminuddin Yahya berkata beliau amat kes itu telah ditangguh lagi ke 23 Disember 2020 kerana kononnya terdapat afidavit baru pada saat-saat akhir.
Katanya, ia bermakna mereka yang menceroboh ini akan masih lagi bebas dan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan beberapa bulan lalu masih tergantung kerana kes ini tertangguh lagi di mahkamah.
"Bagi saya, perkembangan ini menggambarkan kepada kita seolah-olah kerajaan negeri Pahang tidak serius dalam kes ini di mana sepatutnya peguam-peguam yang lebih berpengalaman dan berwibawa diketengahkan oleh pihak kerajaan.
"Jika penangguhan ini adalah strategi untuk melemahkan kami, maka itu adalah satu kesilapan kerana ini adalah gelombang rakyat. Ingat, semakin ditekan semakin itulah rakyat akan bangun," dakwa bsliau
Sementara itu NGO Pembela juga menuntut agar SPRM meneruskan siasatan jika terdapat sebarang salahlaku walau apapun keputusannya nanti.
" mana mungkin pencerobohan ini dapat dilakukan puluhan tahun tanpa ada tangan-tangan yang 'melindungi' penceroboh-penceroboh ini, Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi 23 Disember 2020 ini pula nanti." tambah beliau. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Pembela Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pencerobohan Tanah
Anda sekarang membaca artikel Pembela Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pencerobohan Tanah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pembela-kecewa-dengan-keputusan.html
0 Response to "Pembela Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pencerobohan Tanah"
Catat Ulasan