Loading...

Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti

Loading...
Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti
link : Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti

Baca juga


Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti

KOTA TINGGI - Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Kota Tinggi yang dikhuatiri lemas di Tanjung Balau di sini, semalam, tergelincir daripada jeti ketika mahu mengambil selipar yang terjatuh.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pengerang, Mohd Faizal Asmar, berkata Mohd Zulfikrie Buang tergelincir dan ditarik ombak dalam kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Mohd Faizal berkata, Mohd Zulfikrie sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu, berikutan aktif dalam kerja kemasyarakatan di daerah berkenaan.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu adalah minggu lalu ketika Mesyuarat BERSATU Johor di sebuah hotel di Johor Bahru dan sempat berbual mengenai aktiviti yang akan dijalankan bersama nanti.

"Rakan yang bersama Mohd Zulfikrie petang semalam, memaklumkan beliau mahu mengambil seliparnya yang terjatuh ke laut ketika melakukan kerja membaiki Jeti Tanjung Balau.

"Rakannya sudah menasihatkan jangan turun dahulu kerana hujan lebat, namun Mohd Zulfikrie yang berada di perancah atau kerangka besi tiba-tiba tergelincir jatuh ke dalam laut. Kejadian berlaku sangat pantas.

"Rakannya berusaha menyelamatkannya, namun tidak berjaya kerana ombak kuat sebelum beliau hilang daripada pandangan, " katanya ketika dihubungi.

Mohd Faizal berkata, Mohd Zulfikrie menjawat jawatan Naib Ketua ARMADA Kota Tinggi sejak Oktober lalu, adalah seorang ceria dan rajin membantu.

"Seramai kira-kira 100 anggota BERSATU Kota Tinggi dan Pengerang hadir ke lokasi Jeti Tanjung Balau bagi melihat operasi mencari dan menyelamat mangsa. #sumber

"Kami berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan dan semoga ada keajaiban berlaku," katanya.

Beliau berkata, keluarga Mohd Zulfikrie kini masih dalam keadaan terkejut dan meminta mereka diberi ruang berhadapan insiden berkenaan. #sumber



Demikianlah Artikel Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti

Sekianlah artikel Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pemimpin-armada-bersatu-johor-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin 'Armada Bersatu' Johor Di Khuatiri Lemas, Tergelincir Cuba Ambil Selipar Di Jeti"

Catat Ulasan

Loading...