Loading...

Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta

Loading...
Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta
link : Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta

Baca juga


Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta

 


KUANTAN - Seorang peniaga berusia 66 tahun rugi RM70,000 selepas diperdaya sindiket penipuan nombor ramalan yang mendakwa kononnya mangsa berjaya memenangi wang tunai RM1 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada 9 Disember lalu ketika berada di Mentakab, mangsa didatangi dua lelaki yang mendakwa dia mempunyai nasib yang baik.

"Suspek menasihatkan mangsa untuk membeli nombor ramalan sebelum mangsa menyerahkan RM10 kepada suspek untuk berbuat demikian.

"Suspek kemudian datang semula kepadanya sebelum menyerahkan resit nombor ramalan yang dibungkus dengan kertas dan bergam. Ia kemudian dimasukkan ke dalam beg duit mangsa," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, suspek berpesan jangan membuka bungkusan itu sebaliknya meminta mangsa untuk berjumpa lagi esoknya (10 Disember) di hadapan sebuah kedai di bandar Mentakab.

"Pada hari kejadian, mangsa menyerahkan bungkusan mengandungi nombor ramalan itu kepada suspek.

"Suspek membuka bungkusan berkenaan di hadapan mangsa yang kemudiannya menyemak di akhbar Cina dan mendapati nombor ramalan itu memenangi RM1 juta," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian meminta mangsa menyerahkan wang sebanyak RM70,000 untuk urusan perbelanjaan kesyukuran.

"Pada hari yang sama, mangsa menyerahkan wang tunai RM70,000 kepada suspek secara serahan tangan dan meminta suspek memberikan resit nombor ramalan itu untuk ditunaikan.

"Namun suspek mendakwa, dia terlupa membawa resit itu dan berjanji akan menyerahkan keesokan harinya.

"Bagaimanapun, mangsa tidak lagi dapat menghubungi suspek," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. #sumber



Demikianlah Artikel Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta

Sekianlah artikel Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/peniaga-rugi-rm70000-di-perdaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta"

Catat Ulasan

Loading...