Loading...

PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu

Loading...
PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu
link : PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu

Baca juga


PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu

 

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menyegerakan penubuhan kerajaan negeri baru dan akan memberi sokongan kepada kerajaan yang mengutamakan semangat kesepakatan.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggesa semua parti supaya lebih matang dan bersikap terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Katanya, pemimpin tidak patut mengabaikan tanggungjawab mereka hanya kerana tidak bersefahaman.

“Negara kita memerlukan pemahaman lanskap politik baru yang dapat menyatukan semua kaum dalam menempuh cabaran dunia pasca Covid-19 secara muafakat.

“PKR Perak menjemput semua ahli politik mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat. Sebarang usaha perdamaian amat penting pada masa ini agar kepentingan rakyat tidak terabai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Petang tadi, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dilaporkan berkata, Sultan Nazrin Shah belum diyakinkan mana-mana parti politik mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru.

Katanya, pihak istana dimaklumkan UMNO Perak yang “perundingan sedang berlaku antara pelbagai pihak”.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, calon parti itu mempunyai sokongan majoriti ADUN dan kerajaan Perikatan Nasional yang bakal ditubuhkan akan melibatkan parti itu, PAS dan PPBM.

Bagaimanapun, PAS mencetuskan spekulasi baru mengenai penubuhan kerajaan negeri ditunjangi UMNO, apabila tiga ADUN parti itu diarahkan PAS Pusat untuk membatalkan menghadap Sultan Nazrin. Tiada sebab diberikan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum itu berkata, parti itu tidak akan terlibat dalam penubuhan kerajaan baru selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disingkirkan akibat gagal meraih sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadap menteri besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya mendapat 10 undi, dengan 48 menolak manakala satu berkecuali.

DUN Perak terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional yang semuanya UMNO, DAP (16), PPBM (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3) dan masing-masing satu daripada Gerakan dan bebas. #sumber



Demikianlah Artikel PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu

Sekianlah artikel PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pkr-perak-sedia-berkerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR Perak Sedia Berkerjasama Dengan Semua Parti Untuk Segera Tubuh Kerajaan Negeri Baharu"

Catat Ulasan

Loading...