Loading...

Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh

Loading...
Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh
link : Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh

Baca juga


Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh

 

KUALA LUMPUR - Tidak timbul soal derhaka atau tidak terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berhubung tindakan PAS dalam mendepani kemelut Menteri Besar Perak sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini kerana kemelut politik harus dilihat secara menyeluruh bukan hanya sesuatu juzuk untuk membuat penilaian.

Katanya, dalam situasi begini, tidak hairan kalau salah faham dan silap maklumat berlaku selain tentunya golongan yang berkepentingan akan mengambil kesempatan.

"Maka kita yakin mengurus kemelut yang berlaku memerlukan ruang tersendiri dan waktu yang sangat singkat.

"Alhamdulillah kemelut ini tidak mengambil masa lama. Kini masa untuk melihat ke hadapan bagi meneruskan pembangunan negeri, menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuh muafakat politik," katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Netizen di media sosial sebelum ini mendakwa PAS bertindak menderhakai Sultan Nazrin apabila tiga ADUN mereka didakwa membatalkan pada saat akhir untuk mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh pada Selasa lalu.

Namun pada sidang media semalam, tiga ADUN PAS berkenaan menzahirkan permohonan maaf kepada baginda atas kekhilafan yang berlaku.

Berkenaan pelantikan EXCO Perak, Tuan Ibrahim berkata, PAS akur dengan perkenan Sultan Nazrin dalam menentukan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu boleh dipertimbang ke jawatan berkenaan atau sebaliknya.

"Pelantikan lima EXCO membolehkan kerajaan Perak berfungsi dan pentadbiran berjalan. Tentunya akan ada pertambahan EXCO bagi melengkapkan urus tadbir kerajaan negeri. Ini kita serah sepenuhnya kepada kebijaksanaan tuanku.

"Soal ADUN PAS dilantik sebagai EXCO atau tidak adalah hak tuanku Sultan Perak. PAS akur apa sahaja yang baik pada pandangan tuanku kerana yakin kestabilan kerajaan adalah keutamaan tuanku," katanya.

Kemelut politik membabitkan jawatan Menteri Besar Perak selesai apabila PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO bersetuju mengekalkan muafakat dan menyokong perlantikan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar. #sumber



Demikianlah Artikel Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh

Sekianlah artikel Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/tidak-timbul-soal-isu-derhaka-atau-pun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tidak Timbul Soal Isu 'Derhaka' Atau Pun Tidak Terhadap Sultan Perak, Perlu Lihat Menyeluruh"

Catat Ulasan

Loading...