Judul : Tiga ADUN PAS Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu UMNO Atau Pun Tak Sokong Langsung
link : Tiga ADUN PAS Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu UMNO Atau Pun Tak Sokong Langsung
Tiga ADUN PAS Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu UMNO Atau Pun Tak Sokong Langsung
KUALA LUMPUR - Seorang veteran UMNO tertanya adakah PAS sekadar tidak akan sertai kerajaan baharu pimpinan parti Melayu itu atau tidak akan juga menyokong kerajaan pimpinan parti itu.
Bekas menteri, Tan Sri Shahrir Samad menimbulkan hal itu selepas PAS mengumumkan tidak akan menyertai pembentukan Kerajaan Negeri Perak baharu, selepas pentadbiran Daruk Seri Ahmad Faizal Azumu tumbang susulan kalah undi percaya yang dibawa UMNO.
Katanya, PAS bertegas tidak akan menyertai kepimpinan baharu kerajaan Perak kerana ADUN parti Islam itu “tetap bersama PPBM dalam kepimpinan Perikatan Nasional”.
“Maknanya tiga ADUN PAS ingin berada di luar kerajaan baharu. Tapi adakah PAS tidak akan juga menyokong sebuah kerajaan yang dipimpin UMNO?” katanya di Facebook.
Pentadbiran Faizal, yang juga Timbalan Presiden PPBM, tumbang selepas hilang sokongan majoriti wakil rakyat apabila usul percaya diundi secara belah bahagi pagi tadi – sebanyak 48 ADUN tidak menyokongnya berbanding hanya 10 yang menyokong.
UMNO mempunyai 25 ADUN, PPBM 4, dan PAS 3.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tiga wakil rakyatnya mengundi menyokong kepimpinan Faizal selaras pendirian Lajnah Politik PAS Pusat.
Namun Shahrir menarik perhatian kepada ucapan Faizal hari ini, mengatakan beliau “mengungkit nostalgianya bersama Pakatan Harapan dan tidak pula sebut pasal Perikatan Nasional”.
“Kiranya tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tidak cukup bilang kerusi, apa lagi pilihan selain dari perlu diadakan PRN Perak?” katanya.
PAS merupakan sekutu PPBM dalam PN dan menjalin kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional. #sumber
Demikianlah Artikel Tiga ADUN PAS Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu UMNO Atau Pun Tak Sokong Langsung
Anda sekarang membaca artikel Tiga ADUN PAS Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu UMNO Atau Pun Tak Sokong Langsung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/tiga-adun-pas-sekadar-tidak-sertai.html

0 Response to "Tiga ADUN PAS Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu UMNO Atau Pun Tak Sokong Langsung"
Catat Ulasan