Judul : UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama 'Parti Lain', Termasuklah PH
link : UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama 'Parti Lain', Termasuklah PH
UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama 'Parti Lain', Termasuklah PH
IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergabung dengan beberapa parti lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.
Beliau berkata, langkah itu terpaksa dibuat susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini.
“Kita tahu dari kenyataan setiausaha agung PAS dan PPBM, maka satu pendekatan baru akan diambil oleh UMNO dan BN (Barisan Nasional) bagi membentuk kerajaan baru.
“Tetapi ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang terbentuk lebih kukuh dukungannya,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebentar tadi.
Takiyuddin sebelum ini berkata, parti itu tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan baru Perak susulan peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar setelah beliau tewas dalam usul percaya terhadapnya Jumaat lalu.
Sementara itu Hamzah pula mendedahkan bahawa 24 daripada 25 ADUN UMNO menolak Faizal dan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) sebelum mengambil tindakan susulan.
Ahmad Zahid berkata, keutamaan UMNO adalah bagi mengekal jajaran dan kerjasama politik terdahulu, iaitu membabitkan kerjasama bersama Muafakat Nasional (MN) dan PN, namun apa juga tindakan parti itu mesti bertapak pada realiti.
“Kita akan lihat semua kemungkinan. Sebaik mungkin, kita kekalkan jajaran terdahulu…jika ia tak dapat dilakukan, tentunya ada kesesuaian untuk kita lakukan penjajaran (politik) yang baru,” katanya.
Beliau berkata, ini termasuk kemungkinan menjalin kerjasama dengan PH, termasuk DAP, namun ia masih tertakluk kepada keputusan muktamad parti.
Katanya, perbincangan antara UMNO dan parti komponen PN, iaitu PPBM dan PAS sudah dibuat oleh pimpinan UMNO Perak, manakala beliau akan mengadakan perbincangan susulan di peringkat pusat.
UMNO mempunyai 25 ADUN, manakala PPBM mempunyai lima ADUN dan PAS tiga di DUN Perak.. Tanpa sokongan PPBM dan PAS, Umno terpaksa mengharapkan sokongan PH untuk merebut kerusi MB.
DAP mempunyai 16 ADUN, PKR (3) dan Amanah (5), sementara Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Mengulas pertemuan beliau dengan Sultan Perak, Ahmad Zahid berkata, beliau akan mempersembahkan nama calon menteri besar kepada Sultan Nazrin untuk diperkenankan dan menjadi kuasa mutlaknya untuk memperkenankan nama yang akan dikemukakan. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama 'Parti Lain', Termasuklah PH
Anda sekarang membaca artikel UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama 'Parti Lain', Termasuklah PH dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/umno-tidak-tolak-kemungkinan-untuk.html
0 Response to "UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama 'Parti Lain', Termasuklah PH"
Catat Ulasan