Judul : Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Bantu Dua Lagi Anak Allahyarham Lftenan Kolonel Mohd Zahir
link : Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Bantu Dua Lagi Anak Allahyarham Lftenan Kolonel Mohd Zahir
Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Bantu Dua Lagi Anak Allahyarham Lftenan Kolonel Mohd Zahir
KUANTAN -- Yayasan Pelajaran Mara (YPM) hari ini menyerahkan bantuan persekolahan kepada dua anak Allahyarham Lt Kol Mohd Zahir Armaya, pegawai komando yang terbunuh ketika menyertai demonstrasi ketenteraan di Kem Lok Kawi, Kota Kinbalu, September tahun lalu.
Pegawai Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) Daerah Kuantan Amalluramzan Ab Manan berkata bantuan skim persekolahan sebanyak RM300 setiap orang itu diberikan kepada Mohamad Ebel Zulkarnaian, 10, dan Mohamad Remy Iskandar, 9.
"Selain bantuan kewangan, bantuan Mara Prihatin 2020 yang berbentuk barangan keperluan rumah dan bantuan Skim Anak Angkat (SAA) YPM turut akan diberikan.
"Mengenai SAA, kami akan cuba membuat permohonan bagi pihak anak kedua arwah kerana dia belum menerima sebarang biasiswa dan sekiranya lulus, pelajarannya akan ditanggung sehingga dia tamat belajar di Tingkatan Lima," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga tersebut, di sini, hari ini.
Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan, Jamilah Ismail, 38, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada YPM kerana tampil menghulurkan sumbangan kepada dua anak lelakinya itu.
“Saya sangat terharu kerana masih ada pihak yang prihatin kepada anak-anak arwah dan insya-Allah saya akan menggunakan bantuan yang diterima sebaik mungkin untuk menjamin kehidupan anak-anak,” katanya.
Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada 4 Sept 2019 selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi. #sumber
Demikianlah Artikel Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Bantu Dua Lagi Anak Allahyarham Lftenan Kolonel Mohd Zahir
Anda sekarang membaca artikel Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Bantu Dua Lagi Anak Allahyarham Lftenan Kolonel Mohd Zahir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/yayasan-pelajaran-mara-ypm-bantu-dua.html
0 Response to "Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Bantu Dua Lagi Anak Allahyarham Lftenan Kolonel Mohd Zahir"
Catat Ulasan