Judul : Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa, Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung BN Hari Ini !
link : Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa, Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung BN Hari Ini !
Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa, Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung BN Hari Ini !
KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta merta.
Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO, menjelaskan pelantikannya itu bukan bermakna Annuar dipecat sebaliknya digantikan.
“Beliau (Annuar) tidak dipecat, beliau digantikan. Biasanya Setiausaha Agung UMNO ialah Setiausaha Agung BN. Saya kira itu antara sebabnya. Saya juga diberi tugas untuk menjadi Setiausaha Agung MN (Muafakat Nasional).
“Saya ingin tegaskan ia adalah menggantikan. Presiden ada sebut tadi, perkataannya adalah 'saya mengganti tugas beliau (Annuar) itu',” kata Ahmad ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan khas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad enggan mengulas dakwaan bahawa perubahan jawatan berkenaan adalah disebabkan Annuar kononnya tidak menghormati presiden parti dan berpihak kepada Bersatu. #sumber
Demikianlah Artikel Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa, Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung BN Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa, Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung BN Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/ahmad-maslan-sahkan-ganti-annuar-musa.html
0 Response to "Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa, Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung BN Hari Ini !"
Catat Ulasan