Loading...

Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan

Loading...
Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan
link : Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan

Baca juga


Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan

 

RAUB - Sebahagian besar penumpang sebuah bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan menghala ke pantai timur terpaksa berdepan kesukaran apabila bas mereka terkandas di sini susulan situasi banjir di kawasan itu.

Menurut perkongsian salah seorang mangsa, Azliwati Jamaludin, mereka terperangkap di kawasan tersebut sejak jam 5 petang Ahad dan amat memerlukan bantuan makanan serta keperluan untuk ke tandas.

“Kita memang tak boleh bergerak disebabkan kawasan depan dan belakang dibanjiri air, jadi semua kenderaan berat memang terkandas.

“Kita risau sebab dalam bas ada warga emas, kanak-kanak dan kita tiada kawasan perhentian untuk dapatkan bekalan makanan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad malam.

Menurut Azliwati, bas yang dinaiki pada jam 2.30 petang Ahad itu ingin menuju ke Kota Bharu sebelum kesemua mereka terkandas di kawasan terbabit.

“Masalah di sini kami terkandas di kawasan hutan dan tiada perkampungan untuk kami mohon bantuan dan kita ada cuba hubungi pihak berkenaan untuk dapatkan bantuan,” katanya lagi.

Jumlah mangsa banjir Pahang yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan, dilaporkan semakin meningkat setakat tengah hari Ahad.

Jumlah mangsa banjir terus meningkat sejak tengah hari tadi kepada 447 penduduk daripada 119 keluarga, berbanding 65 penduduk daripada 19 keluarga pagi Ahad. #sumber



Demikianlah Artikel Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan

Sekianlah artikel Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/banjir-bas-terkandas-di-raub-penumpang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Banjir: Bas 'Terkandas' Di Raub, Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan"

Catat Ulasan

Loading...