Loading...

Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Loading...
Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,593 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,589 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan dari luar negara.

Jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 125,438 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 894 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, negeri yang turut mencatatkan kes harian tertinggi adalah Johor sebanyak 571 kes diikuti Sabah 405 kes.

Sehingga kini, terdapat 141 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,129 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian 513 kes,” katanya.

Beliau berkata, kes kematian berusia antara 50 hingga 73 tahun dilaporkan di Sabah dengan dua kes serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kebanyakan kes mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, strok, dan kencing manis,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/covid-19-sebanyak-2593-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 2,593 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...