Judul : Covid-29: Sebanyak 1,704 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Di Rekod Hari Ini !
link : Covid-29: Sebanyak 1,704 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Di Rekod Hari Ini !
Covid-29: Sebanyak 1,704 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Di Rekod Hari Ini !
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,704 kes positif baharu COVID-19, direkodkan setakat hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 119,077 kes.
Kementerian Kesihatan juga merekodkan sebanyak 2,726 kes kes sembuh daripada jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 97,218 kes atau 81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula 21,365 kes.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, ada lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula, sebanyak 1,699 kes.
"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi, iaitu sebanyak 673 kes (39.5 peratus) dan daripada jumlah ini, sebanyak 509 kes (75.6 peratus) daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Sabah melaporkan peningkatan sebanyak 316 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 179 kes (10.5 peratus).
Beliau berkata, sebanyak 74 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula berkaitan kluster-kluster di lokap, depoh tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (tujuhkes), Kluster Tembok Choh (lima kes), Kluster Tembok Gajah (tiga kes), Kluster Tembok (dua kes), dan Kluster Kolam Air (satu kes).
Katanya, setakat hari ini, sebanyak 124 kes positif COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, katanya, ada 11 kes kematian baharu membabitkan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 494 kes atau 0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sebanyak 10 kematian membabitkan warganegara, manakala satu kematian seorang lelaki bukan warganegara yang berusia 58 tahun dan menghidap penyakit asma dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
"Kematian ke-484 membabitkan seorang wanita yang berusia 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma, yang meninggal dunia ketika dirawat di Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
"Kementerian juga merekodkan kematian seorang lelaki berusia 53 tahun di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang yang mempunyai latar belakang penyakit asma, manakala seorang lelaki berusia 68 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, enam kematian dilaporkan di Selangor, masing-masing tiga di Hospital Sungai Biloh, membabitkan dua lelaki berusia 72 dan 63 tahun dan seorang wanita berusia 69 tahun yang menghidap pelbagai penyakit kronik.
Katanya, dua kematian di Hospital Kajang membabitkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan seorang lelaki berusia 56 yang tidak mempunyai latar belakang penyakit dan satu kematian di Hospital Serdang membabitkan seorang wanita berusia 77 tahun dengan penyakit kronik.
Beliau berkata, satu kematian turut dilaporkan di Hospital Lahad Datu, Sabah, membabitkan seorang wanita berusia 72 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-29: Sebanyak 1,704 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Di Rekod Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-29: Sebanyak 1,704 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Di Rekod Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/covid-29-sebanyak-1704-kes-positif.html

0 Response to "Covid-29: Sebanyak 1,704 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Di Rekod Hari Ini !"
Catat Ulasan