Judul : Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar
link : Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar
Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar
KUANTAN - Selepas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmaf Zahid Hamidi mrlepaskan jawatan, terkini seorang netizen pula meminta beliau meletakkan jawatan pula.
Netizen yang menggunakan nama Nazree Rahim menggesa Tajuddin melepaskan jawatan bagi memberi laluan pemimpin muda iaitu YB Shahar Abdullah untuk memimpin UMNO bahagian itu.
"Tajuddin ni pun patut berundur. Jadi Ketua UMNO Paya besar pun tak ada fungsi. Lebih baik serah jawatan tu pada YB Shahar Abdullah MP Paya Besar. Nampak YB shahar jauh lebih bagus dari Tajuddin ni. Time banjir muka tajuddin ni tak nmpk. Dah tua sangat tu. Elok berundur juga .," kata kenyataan komen beliau di group facebook Warga Kuantan berkenaan isu ini.
Nama Tajuddin sebenarnya sudah hilang dari radar politik UMNO Paya Besar. Malah beliau pernah dikatakan mahu berhijrah ke parti lain sebelum ini. Namun selepas mantan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail dan ADUN Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia tiba-tiba nama beliau muncul semula.
Shahar pula adalah Ahli Parlimen Paya Besar yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan II di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.
Ramai ahli akan umbi UMNO Paya Besar mahu YB Shahar memimpin bahagian itu agar boleh menarik lebih ramai anak muda bersama parti itu menjelang PRU-15 tidak lama lagi. UMNO kehilangan kerusi DUN Panching kepada PAS pada PRU-14 lalu.# PahangDaily
Demikianlah Artikel Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar
Anda sekarang membaca artikel Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/gesa-zahid-berundur-tajuddin-pula-di.html
0 Response to "Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar"
Catat Ulasan