Judul : JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang
link : JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang
JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang
PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meneruskan Misi Bantuan Kemanusian bagi membantu mangsa banjir di Pahang.
Misi bantuan ini turut diadakan secara kerjasama dengan Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak serta pasukan sukarelawan RINTIS (Rescue In Team Insan Sejahtera) 3.0, JAWI Food Bank dan beberapa badan kerajaan (NGO) lain.
Misi penghantaran sumbangan kali ini membabitkan konvoi 12 kenderaan dengan penyertaan seramai 24 sukarelawan.
Majlis pelepasan program ini disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.
Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), misi bantuan itu membawa bantuan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.
Katanya, bantuan juga membabitkan keperluan harian seperti tilam, bantal, dan sejadah bernilai RM78,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
"Konvoi pasukan sukarelawan itu dijangka membuat serahan sumbangan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Temerloh Pahang yang akan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
"Bantuan kemanusiaan ini adalah siri keempat dilaksanakan JAWI bersama masjid Wilayah Persekutuan dan rakan strategik, selepas misi sama yangdilaksanakan di Pahang dan Kelantan pada minggu lalu melalui sumbangan barangan keperluan asas dan harian bernilai RM275,000," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang
Anda sekarang membaca artikel JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/jawi-dan-jakim-teruskan-misi-bantu.html
0 Response to "JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang"
Catat Ulasan