Judul : Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan, Tak Terhad Hingga 8.00 Malam !
link : Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan, Tak Terhad Hingga 8.00 Malam !
Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan, Tak Terhad Hingga 8.00 Malam !
KUALA LUMPUR - Putrajaya melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula waktu operasi premis makanan supaya tidak lagi terhad hingga 8 malam seperti ditetapkan SOP.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian itu dibuat berikutan terdapat rungutan orang ramai yang meminta operasi dibuka hingga 10 malam.
“Ramai merungut mint kedai makan dan restoran dilanjutkan dari 6 pagi ke 10 malam. Apabila ditutup 8 malam sukarkan mereka dapatkan makanan,” katanya pada sidang media.
Ismail berkata, disebabkan itu mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet meminta MKN dan KKM mengkaji perkata dicadangkan itu.
Katanya, ini disebabkan terdapat kesan jika kedai makan dilanjutkan operasinya.
“Maka operasi lain juga meminta supaya mereka juga dibenarkan operasi hingga 10 malam. Perkara itu dibincagkan dan akan diputuskan segera,” katanya.
Sebelum ini, Ismail mengumumkan majoriti perniagaan di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
Ini termasuk kedai runcit dan serbaneka, penjaja tepi jalan, medan selera dan restoran.
Beliau juga menegaskan, pelanggan tidak boleh makan di dalam premis, dan hanya perkhidmatan penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu dibenarkan. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan, Tak Terhad Hingga 8.00 Malam !
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan, Tak Terhad Hingga 8.00 Malam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/kerajaan-kaji-semula-terhadap-waktu.html
0 Response to "Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan, Tak Terhad Hingga 8.00 Malam !"
Catat Ulasan