Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !
link : Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !

KUANTAN -  Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun pada masa sama, kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih menjadi sumber ekonomi negeri tetapi ia dilakukan secara terkawal.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang, faktor itu disahkan menerusi laporan oleh jabatan berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

"Bukan sebab penerokaan hutan dan tanah, kerana jika benar maka mewajarkan lagi usaha keras Kerajaan Pahang membendungnya seperti yang dilakukan di Raub dan Sungai Ichat dan Lembah Bertam, Cameron Highlands baru-baru ini.

"Rekod taburan hujan antara 1 Disember hingga 10 Januari lalu menunjukkan, Daerah Pekan, menerima purata hujan antara 238 milimeter (mm) dan 136 mm; Kuantan, masing-masing 234 mm dan 144 mm, manakala Maran, daerah pertama dilanda banjir menerima sehingga 935mm pada 3 Januari sahaja," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas laporan muka depan BH semalam, 'Hutan kena gondol punca banjir berlumpur'.

Menurut kenyataan itu lagi, aspek penjagaan hutan di Pahang pada keseluruhannya baik dengan keluasan seluruh hutan simpan kekal adalah seluas 1.55 juta hektar dan ia angka yang stabil.

Kestabilan itu katanya disebabkan Pahang mempraktikkan pengurusan hutan secara berkekalan, iaitu kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan bagi menjamin supaya kawasan hutan tetap terpelihara.

"Daripada 1.55 hektar itu, 999,158 hektar atau 64.43 peratus boleh dibalak manakala, bakinya, 551,528 hektar atau 35.57 peratus ialah hutan tidak boleh dijalankan pembalakan.

"Di kawasan boleh dibalak itu pun, sentiasa diaudit di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia," katanya.

Pahang juga katanya, tidak melakukan pembalakan melebihi catuan tebangan tahunan seperti ditetapkan Majlis Tanah Negara. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/kerajaan-negeri-pahang-nafi-dakwaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan, Hutan Gondol Jadi Punca Banjir !"

Catat Ulasan

Loading...