Loading...

Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan

Loading...
Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan
link : Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan

Baca juga


Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan

 

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan.

Panel tiga hakim, dianggotai Datuk Yaacob Md Sam, S Nantha Balan dan Datuk M Gunalan, membuat keputusan itu pada prosiding yang dijalankan menerusi aplikasi zoom.

"Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan untuk menangguhkan semua prosiding berhubung notis pengosongan sementara menunggu rayuan selesai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran untuk semakan kehakiman," kata peguam, Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif berkenaan.

Choon Jern juga berkata, tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar rayuan itu. Selain

Selain beliau, plaintif juga diwakili peguam, Brendan Navin Siva, Chua Pei Nee dan Lim Pit Feng.

Pada 23 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz menolak permohonan pekebun untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah berkenaan.

Hakim berpendapat, pekebun terbabit tidak seharusnya membuat permohonan itu kerana notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terbabit adalah penceroboh di tanah berkenaan dan tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Pekebun memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 96 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Seramai 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos tahun lalu, manakala bakinya membuat permohonan sama pada 9 September.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan Farahah Mohd Nazari.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun berkenaan kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terbabit kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan

Sekianlah artikel Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/mahkamah-rayuan-benarkan-penceroboh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah Rayuan Benarkan Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan"

Catat Ulasan

Loading...