Loading...

Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !

Loading...
Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !
link : Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !

Baca juga


Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !

 

TEMERLOH ¬ Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJK (C) Khee Chee dekat sini meluahkan perasaan kecewa atas layanan yang tidak adil terhadap sebahagian daripada mereka yang berpindah ke situ.

Menurut beberapa orang  mangsa banjir dari Kampung Bangau Tanjung nasib mereka tidak sama dengan rakan-rakan yang berpindah ke PPS lain.

"Enam hari kami di sini, kami hanya tidur atas tikar getah..  itu pun yang dibawa dari rumah. Kami tidak dibekalkan dengan toto, selimut, tuala, sabun, ubat gigi dan sebagainya. Walhal semua barangan itu sudah ditenggelami banjir di rumah.

"Kami nak makan pun kena beli pinggan sendiri.. malahan nak dibasuh pun kami tidak dibekalkan sabun cuci pinggan. Paling sedih mahu minum air mineral pun terpaksa beli sendiri. Sampaikan nak makan biskut atau mee maggi pun tiada... ramai yang kelaparan," dakwa seorang mangsa banjir yang ditemui.

Menurut beliau lagi, sudahlah enam hari berada di PPS tidak diberikan segalanya. Tambah sedih lagi bila pulang ke rumah kami langsung tidak dibekalka dengan barangan keperluan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup buat sementara waktu hingga keadaan pulih.

"Kami merayu diberikan beras dan lain-lain keperluan yang sudah musnah ditenggelami banjir, namun petugas yang berkenaan langsung tidak mahu melayan walhal bekalan barangan keperluan banyak yang baru tiba ke PPS terbabit. Kami dilayan bagai pengemis," katanya lagi.

"Anehnya rakan-rakan kami yang berpindah ke PPS lain mendapat kemudahan yang diperlukan itu. Kami hairan dengan sikap petugas banjir di SKJ (C) Khee Chee.

"Paling menyedihkan ada orang rapat dengan petugas diberikan barangan keperluan terbabit. Mereka pilih kasih dan pilih bulu dalam menjalankan tanggungjawab. Sudahlah kami ini mangsa banjir, tiba-tiba mereka layan kami sedemikian rupa. Sebab itu ramai yang tidak mahu berpindah ke PPS, lebih rela ke rumah ahli keluarga atau saudara mara yang lain sebenarnya, " tambah beliau lagi.

Pihak berkuasa banjir di Temerloh digesa memantau perkara ini kerana kita tidak mahu ada petugas yang sorok barang banjir dan 'double standard' dalam penyaluran bantuan kepada mangsa banjir.

Mereka yang terlibat wajar diambil tindakan kerana kita tidak mahu isu jual barangan selepas banjir berakhir berbunyi lagi selepas ini. Mereka yang khianat perlu diambil tindakan kerana memalukan imej kerajaan. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !

Sekianlah artikel Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/mangsa-banjir-kecewa-dakwa-di-nafikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas !"

Catat Ulasan

Loading...