Judul : MBKM Serahkan "Bantuan" Serta "Sumbangan" Buku Kepada Perpustakaan Sekolah Di Pahang
link : MBKM Serahkan "Bantuan" Serta "Sumbangan" Buku Kepada Perpustakaan Sekolah Di Pahang
MBKM Serahkan "Bantuan" Serta "Sumbangan" Buku Kepada Perpustakaan Sekolah Di Pahang
PUTRAJAYA -- Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) melalui kerjasama dengan industri perbukuan negara menyumbangkan bantuan dan sumbangan buku bernilai RM211,370 kepada perpustakaan sekolah di beberapa daerah di Pahang yang terjejas teruk akibat banjir.
Urusetia Tetap MBKM Mohd Khair Ngadiron berkata pengurusan bantuan dan sumbangan tersebut adalah inisiatif Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meringankan beban mereka yang menghadapi musibah banjir dalam lingkungan akses pendidikan.
"Usaha ini adalah hasil sumbangan dan kegigihan industri yang mahu melihat pemulihan berlaku dalam kadar segera dan konsisten demi kelangsungan proses pendidikan anak-anak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak 12 syarikat buku yang menghulurkan bantuan dan sumbangan buku tersebut ialah PNI Neuron (M) Sdn Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sasbadi Sdn Bhd, Aras Mega (M) Sdn Bhd, Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, PTS Media Group Sdn Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Galeri Ilmu Media Group, Penerbitan Kata Pilar (M) Sdn Bhd, NUHA Creative Resources, Integra Creative Media Sdn Bhd dan Penerbitan Pelangi. #sumber
Demikianlah Artikel MBKM Serahkan "Bantuan" Serta "Sumbangan" Buku Kepada Perpustakaan Sekolah Di Pahang
Anda sekarang membaca artikel MBKM Serahkan "Bantuan" Serta "Sumbangan" Buku Kepada Perpustakaan Sekolah Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/mbkm-serahkan-bantuan-serta-sumbangan.html
0 Response to "MBKM Serahkan "Bantuan" Serta "Sumbangan" Buku Kepada Perpustakaan Sekolah Di Pahang"
Catat Ulasan