Loading...

Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !

Loading...
Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !
link : Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !

Baca juga


Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !

 

KUALA LUMPUR -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar lebih satu tan bekalan makanan dan barangan keperluan asas ke kawasan terjejas banjir menerusi Op Murni di Pahang sejak Isnin lepas.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan itu mengatur gerak helikopter EC 725 AP dari No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan dan anggotanya bagi menghantar bekalan berkenaan ke kawasan yang terputus hubungan menerusi laluan darat.

Isnin lepas, pasukan itu melaksana tiga penerbangan penghantaran bekalan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberat 250 kilogram di sekitar daerah Kuala Lipis dan Temerloh dengan penghantaran dilakukan ke kem Pasukan Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD), Sekolah Kebangsaan (SK) Budu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis dan SK Lubuk Terua.

“Semalam, 10 penerbangan dilakukan bagi menghantar satu tan bekalan daripada JKM ke Kem Batu 3, SK Lubuk Terua, SK Lanchang, Institut Kemahiran Belia Negara Lanchang, SK Desa Bakti, SK Rantau Panjang, SK Penjom dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh,” menurut kenyataan itu.

“Penerbangan ihsan pertama membawa seorang lelaki yang menghidap sakit jantung iaitu Mohd Sayuti Md Rajab, 39, manakala penerbangan ihsan kedua membawa seorang lelaki warga emas yang mengalami penyakit buah pinggang iaitu Mohd Zain Abdul Manan, 77, yang kedua-duanya diterbangkan dari SK Lanchang.

“Penerbangan ihsan ketiga membawa dua bayi pasangan kembar berusia empat bulan, Afya Zara Rosman Hafsam dan Arfan Naufal Rosman Hafsam yang diterbangkan dari SMK Teluk Sentang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua mangsa diterbangkan ke SMK Seberang Temerloh sebelum dibawa menaiki ambulans ke hospital berkenaan. 

Kenyataan itu turut memaklumkan TUDM juga melakukan tiga penerbangan ihsan bagi membolehkan mangsa banjir mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, semalam. #sumber



Demikianlah Artikel Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !

Sekianlah artikel Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/op-murni-tudm-hantar-satu-tan-bekalan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Op Murni: TUDM Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan "Terjejas" Dengan Banjir Di Pahang !"

Catat Ulasan

Loading...