Loading...

PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !

Loading...
PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !
link : PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !

Baca juga


PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !

 


BANGI – UMNO sepatutnya membangkitkan isu kepentingan orang Melayu berbanding politik dan ‘survival’ mereka dalam Perhimpuan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, perhimpunan itu juga adalah masa sesuai bagi UMNO Pahang membangkitkan isu-isu pencerobohan tanah di negeri itu yang semakin membarah untuk diberi perhatian oleh UMNO Pusat dan seluruh ahlinya.

“Lihatlah apa yang terjadi di Raub. Lihatlah bagaimana kerajaan negeri dibuli oleh penceroboh-penceroboh dengan ‘game’ (permainan) mereka.

“Kerana sedarlah secara tidak langsung sebenarnya yang dibuli ialah UMNO negeri Pahang itu sendiri, “ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sambil mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke PAU.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ia bagi membolehkan usul itu diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti.

Katanya, usul mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang sudah dibina ketika 22 bulan bersama sebagai pembangkang.

Selain itu, menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi COVID-19.

Kesal dengan perkara itu, Aminuddin berkata, alangkah baik sekiranya UMNO mengangkat usul mengenai isu tanah-tanah rizab Melayu yang hilang dan tinggal hanya kurang 12 peratus.

Katanya, parti itu juga sepatutnya memikirkan cara untuk mengembalikan tanah-tanah rizab berkenaan.

“Dalam beberapa juta ahli UMNO, saya harap ada sekurang-kurangnya seorang yang berani membangkitkannya,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut menyarankan UMNO mengangkat mengenai hubungannya dengan MCA dalam perhimpunan itu selain Bersatu.

Dakwanya, MCA bukan sahaja memberi mudarat kepada UMNO, malah orang Melayu juga.

“Rakyat sedang memerhati, apakah PAU kali ini hanya membincangkan mengenai politik dan survival UMNO semata-mata?

“Rakyat sedang menilai UMNO. Apakah mereka masih kisah tentang nasib dan survival orang Melayu di negara kita, bukannya isu perebutan jawatan dan pilihan raya,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !

Sekianlah artikel PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/pembela-gesa-umno-bahas-usul-penceroboh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !"

Catat Ulasan

Loading...