Loading...

Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

Loading...
Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis
link : Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

Baca juga


Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

 

PETALING JAYA – Penceramah selebriti terkenal, Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di tiga Pusat Perpindahan Sementara (PPS) sekitar daerah Kuala Lipis, Pahang, semalam.

Melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini, ternyata Ebit meluahkan rasa sayu dan sedih melihat mangsa-mangsa banjir di Pahang dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan perjalanan pasukannya.

“Ya Allah sayunya hati. Dah dua hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari Kuala Lumpur. Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

“Kami bawa 1,000 T-shirt. 1,000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung,” ujarnya.

Tambah Ebit lagi, kali ini ujian berat terpaksa ditanggung oleh rakyat di Pahang, jelasnya ada juga kawasan yang tidak pernah banjir berpuluh tahun namun kali ini banjir teruk.

“Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya.

“Polis,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

“Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring sahaja dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir,” tulisnya. #sumber



Demikianlah Artikel Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

Sekianlah artikel Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/pendakwah-selebriti-terkenal-ustaz-ebit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pendakwah Selebriti Terkenal, Ustaz Ebit Lew "Hulur Bantuan" Mangsa Banjir Di Kuala Lipis"

Catat Ulasan

Loading...