Loading...

Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !

Loading...
Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !
link : Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !

Baca juga


Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !

 


KUANTAN  -- Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terpaksa berpatah balik dan menunda perjalanan mereka susulan penutupan jalan di Kilometer (KM) 198.8, arah Timur dan Barat dekat  Gambang dan Sri Jaya sekitar 8.30 pagi tadi.

Pesara Mohamed Radhi Samat, 64, berkata beliau kini masih mencari laluan alternatif untuk pulang ke Shah Alam, Selangor selepas dimaklumkan mengenai penutupan laluan di LPT Fasa 1 (LPT1) dan jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur akibat banjir.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 15 orang melibatkan empat keluarga bertolak ke Kuala Terengganu,  pada Jumaat bagi mengikuti rombongan menghantar anak saudara mereka   melangsungkan perkahwinan di sana.

"Kami tak sangka terkandas...mulanya saya ingat ada kemalangan yang menyebabkan jalan sesak, tapi apabila memeriksa media sosial ramai yang berkongsi gambar mengenai banjir di LPT1.

Harapnya keadaan akan surut pada waktu petang atau malam kerana ada antara kami yang bekerja esok. Jika masih tiada pilihan, kami terpaksa berpatah balik dan berharap keadaan pulih awal pagi Isnin," katanya kepada Bernama.

Peniaga Hafizah Aina Halimi, 30,  yang berhasrat ke Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunda perjalanannya selepas mendapat tahu jalan berkenaan ditutup kerana dinaiki air menerusi media sosial.

“Saya tengah bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur awal pagi tadi sebelum diberitahu adik berkenaan situasi tersebut dan saya terus buka Twitter LPT untuk semak perkara itu...mungkin kalau jalan dah dibuka semula saya akan ke ibu negara esok,” katanya kepada Bernama.

Pemilik akaun Instagram @farahlee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 32, melalui perkongsiannya memaklumkan, beliau yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik susulan penutupan jalan di Gambang.

“Kita agak sedih sikit, bertolak keluar awal pagi dari Terengganu tetapi sebelum keluar dari Gambang jalan dah ditutup,” katanya menerusi laman sosial itu.

Sementara itu, pemegang konsesi LPT1, ANIH Berhad menerusi kenyataannya pagi tadi menasihatkan pengguna lebuh raya dari Pantai Timur yang ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas tamat cuti hujung tahun hari ini, untuk menangguhkan perjalanan mereka kerana laluan itu dinaiki air setinggi dua meter sepanjang satu kilometer.

Bagaimanapun, ANIH Berhad dalam kenyataan terbaharu memaklumkan laluan KM198 LPT1 Gambang-Sri Jaya dibuka semula kepada semua jenis kenderaan pada 3.30 petang ini dengan dua lorong ke arah Timur dibuka sepenuhnya, manakala bagi laluan ke Kuala Lumpur, hanya lorong laju dibenarkan dilalui kenderaan buat masa ini.  #sumber



Demikianlah Artikel Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !

Sekianlah artikel Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/pengguna-lebuhraya-terpaksa-berpatah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik, Tunda Perjalanan Akibat KM198 LPT Di Tutup !"

Catat Ulasan

Loading...