Loading...

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !

Loading...
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !
link : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !

Baca juga


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !

 

KUANTAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memberikan tempias kepada ramai pihak termasuk golongan artis apabila 'periuk nasi' mereka turut terjejas kerana tiada persembahan. 

Namun bagi gitaris tersohor, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood, 56, untuk meneruskan kehidupan dalam saat getir ini, setiap individu perlu kreatif dan inovatif kerana walau apapun berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan. 

Jelasnya, walaupun tiada persembahan kerana PKP, beliau dan isteri, Norlaila Yusof, 56, berpendapat mereka tidak boleh duduk sahaja mengenang nasib, lalu mengambil inisiatif menjual rendang daging. 

"Isteri saya memang sangat berkebolehan dalam memasak, selama ini pun isteri masak rendang daging hanya untuk keluarga dan kawan-kawan sahaja. Kami tidak pernah pun terfikir untuk menjualnya.


"Apabila sudah dikenali dalam kalangan rakan-rakan, memang ada permintaan yang mahu membeli, jadi disebabkan PKP 2.0 ini, kami mulakan perniagaan menjual rendang daging yang diberikan nama Rendang Daging Sentuhan Kidal. 

"Saya hanya bantu didapur seperti mengacau rendang, merasa supaya rendang daging yang dijual sedap dan akan terus mendapat permintaan ramai," katanya di sini semalam. 

Man Kidal yang juga anggota kumpulan Lefthanded itu berkata, selain fokus kepada perniagaan rendang daging, beliau bermula minggu depan akan menfokuskan kepada menjual persembahan dan teknik-teknik pembelajaran bermain gitar secara dalam talian. 

Sementara itu, Norlaila berkata, setiap hari dia akan menyediakan kira-kira 100 bungkus rendang daging yang merupakan resepinya sendiri.

"Saya mempunyai teknik tersendiri yang mana saya akan masak tidak lebih 15 kilogram daging selama kira-kira empat jam. Ini penting, untuk saya mengekalkan rasa rendang daging ini.

"Selepas siap, saya sejuk bekukan rendang ini 500 gram untuk setiap bungkus. Rendang Daging Sentuhan Kidal ini dijual RM35 sebungkus," katanya. 

Beliau berkata, sejak PKP 2.0 lalu, rendangnya mendapat permintaan memberangkan yang mana sehingga kini lebih 500 bungkus telah terjual. 

"Kaedah pemasaran adalah secara dalam talian, melalui Facebook dan rakan-rakan. Selain itu, kami sudah mempunyai ejen, dua orang di Pahang, satu orang di Johor dan tiga ejen di Kuala Lumpur," katanya. 

Jelasnya, selain Rendang Daging Sentuhan Kidal, dia akan menghasilkan produk makanan baharu minggu depan iaitu Daging Harimau Menangis yang dijual dengan harga RM35 untuk 500 gram. 

Beliau berkata, mereka yang berminat untuk membeli Rendang Daging Sentuhan Kidal boleh menghubungi nombor 0193017778, 0165846297 dan 0169221717 untuk pertanyaaan dan urusan pembelian. #sumber



Demikianlah Artikel Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !

Sekianlah artikel Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/perintah-kawalan-pergerakan-pkp-gitaris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !"

Catat Ulasan

Loading...