Loading...

Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera

Loading...
Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera
link : Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera

Baca juga


Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera

 

KUANTAN - Sebanyak 22 rumah di Lorong 29, Taman Gambang Damai, di sini, diarah supaya dikosongkan segera atas faktor keselamatan susulan berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abdul Rahim Muda, berkata empat rumah terbabit dikenal pasti amat berisiko, selepas didapati ada kerosakan pada struktur binaan kediaman serta kesan pergerakan tanah yang serius.

Beliau berkata, 59 mangsa daripada 11 keluarga terbabit sudah berpindah ke sebuah resort terletak berhampiran taman perumahan itu, untuk sementara waktu.

"Saya difahamkan hanya 11 rumah terbabit berpenghuni, termasuk sebuah yang roboh, manakala baki kediaman lain dijadikan rumah tamu dan kosong ketika kejadian.

"Difahamkan, ada pemilik rumah terbabit yang berpindah lebih awal kerana bimbang apabila mengesan keretakan pada struktur rumah sejak beberapa hari lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau di lokasi kejadian dua rumah berkembar runtuh di Taman Gambang Damai, awal pagi tadi.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan laporan awal, kejadian itu dipercayai berlaku akibat pergerakan tanah di kawasan cerun susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak Jabatan Mineral dan Geosains akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Proses itu dijangka mengambil masa seminggu bagi mengenal pasti punca kejadian dan menilai risiko, sebelum tindakan lanjut diambil.

"Kerajaan negeri tidak mahu mengambil risiko. Justeru sebagai langkah selamat, semua rumah yang berisiko telah diarah supaya dikosongkan sementara menunggu siasatan selesai," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera

Sekianlah artikel Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/rahim-muda-pergerakan-tanah-22-rumah-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rahim Muda: Pergerakan Tanah, 22 Rumah Di Taman Gambang Damai Di Kosongkan Segera"

Catat Ulasan

Loading...