Loading...

Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !

Loading...
Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !
link : Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !

Baca juga


Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !

 

KUALA LUMPUR -- Kesemua mangsa terkandas ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Fraser, Pahang semalam dibenarkan mendapatkan kenderaan milik mereka untuk meneruskan perjalanan ke destinasi bermula pagi tadi.

Salah seorang mangsa, Mohd Ariff Amri, 37, berkata dia dibenarkan mengambil kenderaannya selepas arahan dikeluarkan untuk hanya pemandu sahaja dikehendaki berbuat demikian.

“Alhamdulillah, saya dibenarkan untuk mengeluarkan kereta di tempat kejadian pada 11.30 pagi tadi dengan bantuan pihak polis dan Majlis Daerah Raub.

“Saya dan keluarga kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor dengan melalui Jalan Gap Naik yang diaplikasikan kaedah jam genap untuk turun dan jam ganjil untuk naik,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan Mohd Ariff bersama-sama empat keluarga adik-beradiknya merupakan antara 32 dewasa dan lapan kanak-kanak daripada semua 13 kenderaan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed ketika dihubungi berkata kesemua pemilik kenderaan terperangkap di laluan turun Bukit Fraser - GAP telah mengambil kenderaan mereka dan beredar melalui jalan Bukit Fraser - Kuala Kubu Bharu.

“Selain itu, Jalan Bukit Fraser-Raub masih ditutup untuk semua kenderaan. Dalam pada itu, seramai 10 individu dewasa dan lima kanak-kanak yang dibawa naik dari tapak perkemahan Air Terjun Jeriau masih belum mengambil kenderaan mmereka kerana jalan menuju ke sana masih dalam proses pembersihan,” katanya.

Beliau berkata pihak Roadcare Rawang dan Jabatan Kerja Raya di Kuala Kubu Bharu sedang membuat kerja pembersihan jalan di laluan ke Air Terjun Jeriau dan jalan turun Bukit Fraser - GAP di KM2.

Semalam, polis mengesahkan 13 kenderaan terkandas di antara dua timbunan tanah yang runtuh di Jalan Bukit Fraser-Raub, kira-kira 230 kilometer dari sini, sekitar pukul 1.30 tengah hari semalam.

Kesemua mereka dipercayai terkandas selepas tidak dapat turun ekoran laluan terputus di KM2 jalan itu, dan usaha untuk berpatah semula ke Bukit Fraser tidak berjaya kerana berlaku tanah runtuh di KM4 jalan sama. #sumber



Demikianlah Artikel Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !

Sekianlah artikel Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/tanah-runtuh-di-bukit-fraser-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tanah Runtuh Di Bukit Fraser, Polis Benarkan Mangsa Terkandas Ambil Kereta Dan Pulang !"

Catat Ulasan

Loading...