Loading...

Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !

Loading...
Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !
link : Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !

Baca juga


Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !

 

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi bermula Sabtu ini kepada mana-mana individu yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk mereka yang melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah selepas diberi kelonggaran selama tiga hari bagi mereka yang terkandas.

“Selepas 15 Januari ini tiada lagi kompromi dan tindakan tegas akan diambil. Kita sudah memberi ruang yang secukupnya sejak beberapa hari lalu.

“Tindakan kompaun boleh dikenakan terus di lapangan. Tujuan PKP bagi mengurangkan pergerakan. Apabila kedai tutup pukul 8 malam maka tiada keperluan untuk keluar (rumah),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran pergerakan rentas negeri dan daerah sehingga esok untuk golongan tertentu bagi memberi peluang kepada mereka untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas PKP diumumkan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat salah faham bahawa orang ramai masih dibenarkan untuk pulang ke kampung sehingga esok disebabkan penularan berita palsu.

“Ada satu laporan berita tular kononnya saya mengatakan  boleh balik kampung sehingga 15 Januari walaupun larangan  rentas negeri telah dilaksanakan sejak 13 Januari.

“Saya ingin jelaskan bahawa ini adalah berita palsu. Apa yang saya sebut sebelum ini adalah bagi mereka yang  berada di kampung dan telah membeli tiket untuk kembali ke  tempat kerja masing-masing, boleh diberi kelonggaran untuk bergerak rentas negeri sehingga 15 Januari dengan kebenaran polis,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !

Sekianlah artikel Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/tindakan-tegas-langgar-perintah-kawalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !"

Catat Ulasan

Loading...