Loading...

11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku

Loading...
11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku
link : 11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku

Baca juga


11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku

 

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap dalam kejadian remaja perempuan dirogol tahanan lain di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak, 9 Januari lalu, sudah ditahan kerja bermula 14 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya, berkata mereka turut dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 9 Februari lalu.

Katanya, JIPS juga menjalankan siasatan tatatertib bagi menyiasat kecuaian dan salah laku dalam kejadian itu.

"Selain tindakan dari sudut jenayah ke atas dua anggota terbabit, seramai 11 orang terdiri pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis lain yang didapati gagal serta cuai menjalankan tugas akan turut diambil tindakan (diturunkan pangkat atau dibuang kerja).

"Tindakan ini diambil susulan kejadian rogol dilaporkan berlaku dalam lokap Balai Polis Pusat Miri membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun dengan tahanan lelaki," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zamri berkata, susulan kejadian itu dua laporan polis diterima yang mana pertama dibuat anggota polis membabitkan kejadian rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Laporan kedua dibuat oleh mangsa yang mendakwa berlaku kecuaian daripada polis dan disiasat mengikut Seksyen 166 Kanun Keseksaan dan Seksyen 221 akta sama.

"Kedua-dua kertas siasatan dibuka sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya yang mana suspek berusia 19 tahun dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JIPS turut memandang serius beberapa kejadian gangguan seksual membabitkan petugas sekatan jalan raya (SJR) yang tular baru-baru ini.

"Tindakan tegas dari sudut jenayah dan tatatertib akan diambil ke atas semua yang terbabit sekiranya didapati bersalah.

"Kesemua mereka yang terbabit sudah dikeluarkan daripada menjalankan tugas SJR sehingga siasatan selesai," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel 11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku

Sekianlah artikel 11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/11-orang-pegawai-kanan-serta-anggota.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai, Salah Laku"

Catat Ulasan

Loading...