Loading...

Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu

Loading...
Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu
link : Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu

Baca juga


Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu

 

KUANTAN - Ramai pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Indera Mahkota dekat sini mahu BN bertanding di kerusi parlimen itu pada PRU-15 akan datang.

Rata-rata dikalangan mereka tidak akan sama sekali bersetuju parti itu bersekongkol dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk berhadapan dengan pilihanraya umum nanti.

Banyak posting yang admin tengok di media sosial terutamanya facebook di mana akar umbi UMNO terus mahu parti itu bertanding dan tidak sama sekali memberi laluan kepada PPBM.

"Jika PRU-15 menjelang tiba, rakyat perlu bangkit dari kekhilafan PRU-14. Cukuplah ditipu oleh Pakatan Harapan (PH) dan kini disambung dengan Perikatan Nasional (PN). Ubah kembali kepada yang asal, iaitu Barisan Nasional (BN), Muafakat Nasional (MN)," kata seorang pemimpin muda UMNO Bahagian Indera Mahkota di facebooknya.

Beliau turut mendakwa, secara peribadi untuk Parlimen Indera Mahkota UMNO akan bangkit dan perangi habis-habisan PH dan PN terutamanya PPBM yang didakwa menjadi pengadu domba dan perpecahan perpaduan.

"Malaysia sudah terkebelakang sejak PH dan PN memerintah. Insya Allah kami akan kembalikan hasrat dan kehendak rakyat ke landasan yang sebenar semula," katanya.

Jika dilihat kepada situasi ini, kemungkinan besar akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, PN dan PH pada PRU-15 ini nanti.

Jika ia berlaku, sudah pasti kedudukan Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi Dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota bakal tergugat.

Beliau sudah pasti akan mempertahankan kerusi yang dimenangi ketika bertanding atas tiket PH (PKR) pada PRU-14 lalu. Namun, apakah rakyat terutamanya pengundi PH akan memberi undi kepada beliau lagi? Inilah yang menjadi persoalan.

Mampukan UMNO merampas kembali kerusi itu, atau ia akan kekal ditangan PH semula.  Semakin menarik bahang pilihanraya umum. kali ini. Di Pahang, hanya kerusi Indera Mahkota dilihat 'panas' kerana pemenang terdahulu melompat parti hingga menjatuhkan kerajaan PH selepas berkuasa selama 22 bulan.

Justeru, memang hangat kerusi Parlimen Indera Mahkota sebenarnya. Pertembungan maha dasyat pasti akan dapat disaksikan pada PRU-15 ini. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu

Sekianlah artikel Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/akar-umbi-umno-terus-kempen-tolak-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Akar Umbi UMNO Terus Kempen Tolak PPBM Di Indera Mahkota, Mahu BN Kekal Kerusi Itu"

Catat Ulasan

Loading...