Loading...

Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa

Loading...
Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa
link : Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa

Baca juga


Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa

 

PUTRAJAYA - Butiran lanjut mengenai pemansuhan syarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mempermudahkan ahli membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 akan mengambil sedikit masa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ini kerana ia akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP.

"Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP untuk mengkreditkan dividen bagi tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung Februari ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-41, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, langkah itu diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

"Sehubungan itu, kerajaan juga sudah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan, terutama bagi mereka yang sudah pun membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

"Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa," katanya.

Kerajaan pada 11 Februari lalu mengumumkan mengenai pemansuhan syarat i-Sinar KWSP bagi mempermudahkan ahli

membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.

Pemansuhan syarat i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 pula, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 atau maksimum RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000. #sumber



Demikianlah Artikel Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa

Sekianlah artikel Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/butiran-lanjut-bagi-pemansuhan-syarat-i.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Butiran Lanjut Bagi Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP Akan Mengambil Sedikit Masa"

Catat Ulasan

Loading...