Judul : Covid-19: Kerajaan Memutuskan Sebanyak 18 Kawasan Di Muadzam Shah Di Kenakan PKPD !
link : Covid-19: Kerajaan Memutuskan Sebanyak 18 Kawasan Di Muadzam Shah Di Kenakan PKPD !
Covid-19: Kerajaan Memutuskan Sebanyak 18 Kawasan Di Muadzam Shah Di Kenakan PKPD !
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan di Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang, bermula esok.
Ia membabitkan Desa Bidara, Desa Keranji, Taman Redan Perdana, Desa Teratai, Desa Melor, Desa Mawar 1, Desa Mawar 2, Desa Jati 1, Desa Jati 2, Desa Anggerik, Desa Kenanga, Desa Tunjang, Desa Dahlia 1, Desa Dahlia 2, Desa Cempaka, Desa Alamanda, Pinggir Pelangi dan Desa Semarak.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD di kawasan terbabit selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan peningkatan kes COVID-19 di Bandar Muadzam Shah.
"Sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak 13 kes positif direkodkan dalam Kluster Hikmah, membabitkan jemaah Masjid Al-Muadzam Shah serta ahli keluarga yang tinggal di taman-taman ini.
"KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan secara mendadak yang membabitkan komuniti di mana 13 kes direkodkan dalam masa 10 hari," katanya dalam kenyataan harian perkembangan COVID-19, hari ini.
Beliau berkata, selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan bermula 9 Februari sehingga 22 Februari 2021. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Kerajaan Memutuskan Sebanyak 18 Kawasan Di Muadzam Shah Di Kenakan PKPD !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Kerajaan Memutuskan Sebanyak 18 Kawasan Di Muadzam Shah Di Kenakan PKPD ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/covid-19-kerajaan-memutuskan-sebanyak.html

0 Response to "Covid-19: Kerajaan Memutuskan Sebanyak 18 Kawasan Di Muadzam Shah Di Kenakan PKPD !"
Catat Ulasan