Loading...

Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Loading...
Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 

PUTRAJAYA – Kes sembuh Covid-19 yang dilaporkan hari ini masih mengatasi kes harian dengan 3,505 kes manakala, kes positif pula mencatatkan sebanyak 3,318 kes.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 205,774 kes dan angka kes Covid-19 di Malaysia merekodkan 258,306 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 51,579 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 17 kematian dilaporkan di Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak, Perak, Melaka, Kelantan Pahang dan Johor menjadikan 953 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

Menurutnya, 83 kluster melaporkan pertambahan kes dengan 14 daripadanya kluster baharu melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

“Kluster baharu tersebut melibatkan Kluster Jalan Seelong di Kulai, Johor (327 kes); Kluster Jalan Perindustrian Elektronik di Kulai, Kota Tinggi, Pontian dan Muar (25 kes); Kluster Jalan Besar Pontian di Batu Pahat dan Pontian (64 kes) serta Kluster Ladang Pekan di Kluang (18 kes).

“Kluster Perindustrian Pelepas di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Muar (32 kes); Kluster Jalan Jelapang di Kinta dan Kuala Kangsar, Perak (24 kes) serta Kluster Jalan Perusahaan Tiga di Larut, Matang, Selama dan Kerian (21 kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, selain itu, Kluster Tapak Bina Damar di Sepang, Selangor dan Putrajaya (64 kes); Kluster Taman Industri di Petaling, Kuala Selangor (16 kes); Kluster Tapak Bina Pantai Dalam di Lembah Pantai (94 kes) serta Kluster Selambau di Kuala Muda, Kedah (136 kes).

“Seterusnya, Kluster Teknologi Berendam di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah di Melaka, Tampin di Negeri Sembilan, Sepang di Selangor serta Tangkak di Johor (41 kes) dan Kluster Pangkal Changgong di Machang, Pasir Puteh serta Tanah Merah di Kelantan (14 kes).

“Satu lagi kluster komuniti pula ialah Kluster Kampung Teluk di Manjung, Perak dengan 21 kes positif Covid-19 dikesan,” katanya.

Ujarnya lagi, tujuh kluster tamat hari ini melibatkan Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba dan Kluster Rengit Sentral menjadikan sebanyak 478 kluster ditamatkan sehingga kini. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/covid-19-sebanyak-3505-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 3,505 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...