Judul : Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
KUALA LUMPUR -- Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 4,571 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif pandemik itu kini mencecah 231,483.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh harian pula merekodkan 4,092, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat ini ialah 48,771.
"Daripada jumlah kes baharu itu, hanya tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 4,568 kes," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata Selangor kekal mencatat jumlah kes baharu harian tertinggi sebanyak 2,056, diikuti Johor (664 kes) dan Kuala Lumpur (481).
Selain itu, Sarawak (270 kes), Melaka (238), Sabah (175), Perak (163), Pulau Pinang (157), Negeri Sembilan (100), Pahang (78), Terengganu (69), Kedah (51), Kelantan (48), Putrajaya (20) dan Labuan dengan satu kes.
Dr Noor Hisham berkata 308 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 135 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata 17 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 826.
Kes kematian itu terdiri daripada 13 lelaki (termasuk bayi empat bulan) dan dua wanita warganegara selain dua lelaki bukan warganegara.
Katanya 10 kluster baharu pula dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini ialah 421 dengan 90 daripadanya mencatat pertambahan kes hari ini.
Dr Noor Hisham berkata daripada 10 kluster baharu itu, enam membabitkan tempat kerja iaitu Jalan Industri Rawang dan Jalan Jasmine di Selangor; Jalan Gombak (Selangor, Kuala Lumpur); Parit Penyengat (Johor); Jalan Pengiran (Sarawak) dan Permata Satu di Negeri Sembilan.
Empat kluster lagi ialah daripada kluster komuniti iaitu Kampung Lukut dan Jalan Jelutong di Johor; Kampung Pulau Jawa dan Rantau Tanjung di Pahang.
“Kluster-Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Persiaran Perkilangan (362 kes), Kluster Industri Serkam (201 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (150 kes),” katanya.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 440 kluster termasuk satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Setapak. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/covid-19-sebanyak-4561-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"
Catat Ulasan