Loading...

Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !

Loading...
Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !
link : Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !

Baca juga


Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung isu darurat.

Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan membatalkan saman itu menerusi Peguam Persekutuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam permohonan itu, Muhyiddin mendakwa saman pemula yang difailkan Khairuddin adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan selain penyalahgunaan proses mahkamah.

Sementara itu dalam afidavit sokongan melalui Peguam Cara Negara Datuk Abdul Razak Musa,  tiada sebarang bukti dalam permohonan Khairuddin, mahupun afidavit sokongannya yang menyokong penegasan plaintif bahawa Muhyiddin sebagai defendan pertama telah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Saya sesungguhnya percaya dan menyatakan permohonan plaintif adalah sia-sia dan membazirkan masa mahkamah kerana hanya mengandungi persoalan semata-mata tanpa matlamat yang sahih dan tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, Khairuddin memfailkan saman pemula terhadap Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia bagi mencabar tindakan Muhyiddin itu menasihati Yang di-Pertuan Agong pengisytiharan Proklamasi Darurat.

Khairuddin, selaku plaintif memfailkan saman itu  dengan menamakan Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam saman pemula itu, Khairuddin memohon mahkamah memutuskan empat persoalan keperlembagaan, antaranya sama ada nasihat seorang perdana menteri yang didakwa telah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi satu pengisytiharan Proklamasi Darurat adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Selain itu Khairuddin memohon mahkamah memutuskan sama ada nasihat bagi pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong itu telah dibuat ‘in fraudem legis’ yang mana ketika memberi nasihat itu beliau didakwa telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Plaintif turut memohon mahkamah memutuskan sama ada mesyuarat jemaah menteri yang diketuai perdana menteri yang didakwa telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk mencadangkan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak sah dan tidak berpelembagaan. #sumber



Demikianlah Artikel Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !

Sekianlah artikel Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/darurat-muhyiddin-dan-kerajaan-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Darurat: Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin !"

Catat Ulasan

Loading...