Judul : Isu Papan Tanda MPK Di Kompleks Bandaraya Kuantan Lambat Di Tukarkan Jadi Persoalan ?
link : Isu Papan Tanda MPK Di Kompleks Bandaraya Kuantan Lambat Di Tukarkan Jadi Persoalan ?
Isu Papan Tanda MPK Di Kompleks Bandaraya Kuantan Lambat Di Tukarkan Jadi Persoalan ?
KUANTAN - Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasmi telah memasyurkan Kuantan sebagai sebuah 'bandaraya' pada 21 Februari lalu. Turut dirasmikan serentak ialah Kompleks Bandaraya Kuantan di Jalan Tanah Putih dekat sini.
Namun, tinjauan PDO semalam iaitu dua hari selepas perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan (MBK) masih terpampang nama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Tidak dapat dipastikan kenapa papan tanda itu tidak ditukar lebih awal, ditutup dengan kanvas dan kemudiannya dibuka semula secara rasmi pada hari perasmian oleh Agong.
"Saya hairan nama kompleks yang dirasmikan masih lagi tertera perkataan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Ia cukup mengelirukan dan menjadi tanda tanya orang ramai yang lalu lalang di hadapan bangunan ini," kata seorang pesara kerajaan.
Katanya, nama MPK secara automatik perlu ditukar segera kepada MBK selepas ia secara rasmi dilancarkan.
"Kelewatan perubahan itu menimbulkan pertanyaan dikalangan warga Kuantan sendiri. Seolah-olah tiada persediaan dan persiapan ke arah itu. Saya harap pihak tetbabit dapat berbuat demikian dengan kadar segera," tambah beliau lagi.
PDO, akan cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) terhadap isu ini. # PDO
Demikianlah Artikel Isu Papan Tanda MPK Di Kompleks Bandaraya Kuantan Lambat Di Tukarkan Jadi Persoalan ?
Anda sekarang membaca artikel Isu Papan Tanda MPK Di Kompleks Bandaraya Kuantan Lambat Di Tukarkan Jadi Persoalan ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/isu-papan-tanda-mpk-di-kompleks.html
0 Response to "Isu Papan Tanda MPK Di Kompleks Bandaraya Kuantan Lambat Di Tukarkan Jadi Persoalan ?"
Catat Ulasan