Loading...

Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’

Loading...
Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’
link : Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’

Baca juga


Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’

 

JOHOR BAHRU - Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia menjadi ‘orang tengah’ pertelingkahan antara Mohamadou Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Menurut Tunku Ismail, keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan PBNP supaya membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada Sumareh sememangnya cukup tinggi dan beliau akan cuba memujuk tonggak naturalisasi negara itu.

Urusan memujuk Sumerah atau lebih dikenali dengan jolokan Keli Boy itu mungkin mudah terutama selepas pemain sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaru JDT musim ini, sekali gus menjadikan Tunku Ismail ‘bos’ barunya.

“Terima kasih Pahang. Saya akan berunding dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga ‘settlement’ Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail di ruangan balas Instagram.

Isu membabitkan Sumareh dan PBNP bermula pada Ogos tahun lalu selepas tonggak kelahiran Gambia itu mendakwa PBNP gagal membayar gajinya mengikut kontrak.

Mengikut kontrak, Sumareh sepatutnya menikmati kenaikan gaji AS$5,000 (RM20,350) selepas tahun kedua bersama Tok G@jah namun dia mendakwa gajinya tidak stabil dan tertunggak beberapa bulan pada musim lalu.

RM4.9 juta yang diumumkan FIFA adalah jumlah kenaikan tahunan terkumpul yang tidak dibayar dengan pelanggaran kontrak untuk tahun 2020 dan 2021.

Selepas meninggalkan Pahang di tengah kontroversi itu, Sumareh kemudiannya menyertai kelab Thailand, Police Tero FC selama tiga bulan hujung tahun lalu sebelum kembali ke Malaysia Januari lalu. #sumber



Demikianlah Artikel Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’

Sekianlah artikel Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/isu-rm49-juta-sumareh-dengan-pbnp-tmj.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu RM4.9 Juta Sumareh Dengan PBNP, TMJ Sedia Jadi ‘Orang Tengah’"

Catat Ulasan

Loading...