Loading...

Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000

Loading...
Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000
link : Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000

Baca juga


Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000

 

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mematahkan dua kes cubaan memindahkan balak pelbagai spesies secara haram bernilai lebih RM404,000 di Temerloh dan Bentong dalam tempoh seminggu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) jabatan itu, Nor Azirim Ahmad berkata, kes pertama di Kompatmen 6 Hutan Simpan Kemasul, Pelangai, Bentong membabitkan penemuan 11 tual balak pelbagai spesies bernilai lebih RM17,000.

Beliau berkata, serbuan anggota Unit Penguat kuasa (UPK) Zon Pahang Barat itu turut menyita lori lima tan yang digunakan untuk memindahkan balak, sindiket terbabit juga dipercayai menghasilkan kayu bergergaji membabitkan spesies cengal.

Katanya, kes dua di Kompatmen 19 Hutan Simpan Jengka, Temerloh membabitkan cubaan memindahkan 48 tual balak spesies keruin, meranti dan balau bernilai lebih RM387,000.

"Tujuh anggota Pejabat Renjer Hutan Jempol, Temerloh yang melakukan serbuan turut menyita jengkaut yang digunakan bagi membuat jalan tarik, menyusun dan mengangkat balak yang ditebang.

Turut ditemui tiga motosikal milik ahli sindiket terbabit.

"Hutan Simpan Jengka dan Kemasul menjadi tumpuan kegiatan menebang balak secara haram berikutan terdapat banyak pokok spesies berkualiti tinggi serta taburan pokok bersaiz besar yang berdekatan," katanya, dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, harga kayu yang tinggi menjadi faktor utama kegiatan mencuri balak semakin bertambah, pelbagai cara digunakan untuk menceroboh hutan simpan di negeri ini yang terkenal dengan pelbagai spesies pokok berkualiti.

Nor Azirim berkata, Jabatan Perhutanan Pahang menerusi pasukan UPK Zon Pahang Barat dan Zon Timur akan meningkatkan usaha membanteras pencerobohan hutan simpan bagi tujuan mencuri balak dan hasil hutan lain termasuk emas, selain rondaan di kawasan panas turut diadakan operasi bersepadu.

"Selain itu, Unit Tindakan Khas (UTK) Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang diketuai Pegawai Hutan Daerah juga akan meningkatkan rondaan selain kerjasama masyarakat setempat menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000

Sekianlah artikel Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/jabatan-hutan-pahang-berjaya-patahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Hutan Pahang "Berjaya" Patahkan Dua Kes Cubaan Pindah Balak Bernilai RM404,000"

Catat Ulasan

Loading...