Judul : Kemelut JPN Pahang: Guru Besar SK Kampung Belukar Di 'Campak', Di Ganti Kroni Pengarah ! Menteri Pendidikan Perlu Tegas Selesai Isu Ini
link : Kemelut JPN Pahang: Guru Besar SK Kampung Belukar Di 'Campak', Di Ganti Kroni Pengarah ! Menteri Pendidikan Perlu Tegas Selesai Isu Ini
Kemelut JPN Pahang: Guru Besar SK Kampung Belukar Di 'Campak', Di Ganti Kroni Pengarah ! Menteri Pendidikan Perlu Tegas Selesai Isu Ini
KUANTAN - Kemelut yang melanda Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN Pahang) terus berlarutan tanpa ada tindakan terhadap pihak yang terlibat.
Meski pun pengarahnya, Haji Zaimi Bakar bakal menamatkan perkhidmatan beliau dalam masa terdekat ini, namun situasi 'kacau-bilau' masih gagal di selesaikan dengan baik.
Menurut sumber dalaman di JPN Pahang, sebelum menamatkan perkhidmatan Haji Zaimi telah mengatur strategi untuk meneruskan 'cengkaman' beliau. Ia bagi memastikan legasi pengantinya selesa dan tidak terancam dengan apa jua tindakan.
Terbaharu, memang sudah dijangka pasti ada kroninya yang dibawa masuk selepas guru besar Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar dekat sini dicampak keluar daerah.
"Inilah watak sebenar JPN Pahang di bawah Haji Zaimi Bakar bersama 'anak emasnya'
Hiruddin Mohit dan kuncu-kuncu seperti Mat Ganti Mansor, Halimi, Sakri Muda, Johari Salim dan Azman Samsuddin.
"Kezaliman dan ketidakadilan serta tindakan yang melampau yang dikepalai oleh Hiruddin bagaikan agenda utama permainan songsang di JPN Pahang. Banyak isu sebelum ini yang dilaporkan, masih belum ada tindakan," kata sumber terbabit.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya menteri sendiri bagaikan membisu, sedangkan difahamkan isu ini telah lama dilaporkan, dakwa sumber itu lagi.
"Kerana itulah JPN Pahang bagaikan naik tocang terutama proksi Hiruddin. Malah mereka masih tega dan bangga mencipta isu," tambahnya.
Difahamkan guru besar yang dihantar ke Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar baharu sahaka setahun bertugas di sebuah sekolah lain dalam daerah Kuantan.
Malah beliau juga merupakan bekas pegawai JPN Pahang sendiri. Alasan remeh pertukaran itu konon kerana tempat tinggal guru besar baharu itu berdekatan dengan sekolah.
Kata sumber itu lagi, sungguh tidak logik guru besar lama ditendang keluar daerah sejauh empat jam perjalanan dari kediamannya.
" Kenapa begitu mudah digerakkan, padahal jarak sekolah semasa tidaklah jauh. Dalam kekalutan pandemik Covid-19 yang masih beraja dan kesukaran hidup, masih selesa JPN Pahang bermain politik.
"Langsung tidak peduli ramai mata yang memerhati perbuatan mereka. Semacam ada 'backup' setiap tindakan brutal mereka hingga tiada yang berani menegur terutamanya Menteri Pendidikan sendiri. Minta menteri dan timbalannya bertegas dalam isu sebegini.
"Jangan disebabkan perkara ini masyarakat tidak menghomati lagi organisasi pendidikan. Jangan menambahkan lagi kekalutan, persekolahan masih dalam edah PKP, murid masih tercicir, PDP bersemuka tergendala. Maka sesuatu yang tidak munasabah JPN Pahang masih bermain politik tanpa memikirkan keadaan sekarang yang penuh kesukaran," dakwa sumber terbabit.
Malah katanya selagi pegawai-pegawai yang berkenaan masih diberi tanggung jawab di JPN Pahang, tidak dibawa keluar selagi itu masalah yang terpalit ini tidak akan selesai.
"Kami akan terus memangkitkannya sehingga memanjangkan perkara ini ke peringkat Istana. Tunggu dan lihat nanti. Kami mahukan JPN Pahang bersih dari permainan bodoh 'geng-geng pengotor' yang memalukan warga Pahang," tambah sumber itu lagi. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Kemelut JPN Pahang: Guru Besar SK Kampung Belukar Di 'Campak', Di Ganti Kroni Pengarah ! Menteri Pendidikan Perlu Tegas Selesai Isu Ini
Anda sekarang membaca artikel Kemelut JPN Pahang: Guru Besar SK Kampung Belukar Di 'Campak', Di Ganti Kroni Pengarah ! Menteri Pendidikan Perlu Tegas Selesai Isu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/kemelut-jpn-pahang-guru-besar-sk.html
0 Response to "Kemelut JPN Pahang: Guru Besar SK Kampung Belukar Di 'Campak', Di Ganti Kroni Pengarah ! Menteri Pendidikan Perlu Tegas Selesai Isu Ini"
Catat Ulasan