Loading...

Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !

Loading...
Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !
link : Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !

Baca juga


Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !

 

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bagi menangani isu 'sugarbaby', kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Jelas Siti Zailah, jawatankuasa itu akan ditubuhkan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dengan melibatkan agensi kerajaan yang berkaitan.

Katanya ia akan meneliti isu berkenaan dari aspek perundangan, sosial, pencegahan dan intervensi ke atas pihak yang terlibat.

"Perancangan berstruktur dan teratur dari segi maklumat dan data adalah perlu bagi memastikan tindakan yang akan diambil tepat dan mampu mencegah lebih banyak platform seperti Sugarbook dihasilkan pada masa akan datang," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ia dibuat selepas Siti Zailah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Terdahulu, media melaporkan Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai 'sugarbaby'.

Siti Zailah berkata, tujuan utama perbincangan tersebut ialah bagi mendapatkan pandangan terhadap tindakan agensi kerajaan berkaitan ke atas isu berkenaan kerana ia melibatkan kumpulan sasar kementerian iaitu wanita muda yang sedang menuntut ilmu di intitut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

"Kerajaan mahu memastikan wanita-wanita muda di IPTA dan IPTS ini terus diberikan potensi perkembangan diri dalam pendidikan dan tidak terjebak dengan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan moral bahkan yang paling penting, agama," katanya yang juga anggota parlimen Rantau Panjang. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !

Sekianlah artikel Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/kerajaan-akan-tubuh-jawatankuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bagi Meneliti Dan Menangani Isu 'Sugarbaby' !"

Catat Ulasan

Loading...