Judul : Kerajaan Pahang Arah Kegiatan Melombong Emas Di Kechau Lipis Dihentikan Serta Merta
link : Kerajaan Pahang Arah Kegiatan Melombong Emas Di Kechau Lipis Dihentikan Serta Merta
Kerajaan Pahang Arah Kegiatan Melombong Emas Di Kechau Lipis Dihentikan Serta Merta
KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di Kampung Kechau, Lipis dihentikan serta merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.
Katanya, langkah tegas itu juga bagi mengelak kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.
"Walaupun kegiatan melombong emas dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.
"Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan," katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau.
Beliau berkata demikian selepas menjadi individu pertama di Pahang menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.
Berdasarkan laporan, penduduk yang terbabit dalam kegiatan melombong emas memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan mineral berkenaan.
Difahamkan, ada penduduk yang membeli kenderaan secara tunai, sekali gus mengubah nasib mereka.
Mengulas status pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permohonan itu sebelum kelulusan diberikan.
Katanya, ini kerana ada permohonan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama.
"Dalam hal ini, ia menimbulkan masalah dan sebab itu kita perlu teliti setiap permohonan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Arah Kegiatan Melombong Emas Di Kechau Lipis Dihentikan Serta Merta
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Arah Kegiatan Melombong Emas Di Kechau Lipis Dihentikan Serta Merta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/kerajaan-pahang-arah-kegiatan-melombong.html
0 Response to "Kerajaan Pahang Arah Kegiatan Melombong Emas Di Kechau Lipis Dihentikan Serta Merta"
Catat Ulasan