Loading...

Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !

Loading...
Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !
link : Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !

Baca juga


Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !

 

PETALING JAYA - Laman web temu janji kontroversi Sugarbook telah diharamkan pengawal selia internet Malaysia, beberapa hari selepas dakwaan mengatakan ramai wanita di negara ini menawarkan diri sebagai ‘sugar baby’.

Pengguna internet yang cuba singgah di laman web itu dari Malaysia akan melihat pemberitahuan yang menyatakan bahawa “laman web ini tidak lagi didapati di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara.”

Bagaimanapun, aplikasi Sugarbook masih boleh didapati di telefon mudah alih Android. Menurut satu pemberitahuan di laman Sugarbook, aplikasi itu tidak terdapat di Apple iPhones sejak Feb 2019.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata pihaknya bimbang dengan “gimik pemasaran baharu” Sugarbook yang mendakwa bahawa ramai wanita di Malaysia, terutama pelajar universiti, telah menawarkan diri sebagai ‘Sugar baby’ untuk aplikasi tersebut.

Satu laporan polis dibuat di Pulau Pinang oleh dua cabang PAS yang mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap “aktiviti tidak bermoral” laman web temu janji itu. Seorang jurucakap berkata mereka tidak mahu Malaysia dikenali sebagai sebuah negara di mana gadis-gadis muda menjual maruahnya untuk wang. Tiga sayap wanita cawangan turut membuat laporan polis.

SKMM mengingatkan pengguna, selain terdedah kepada risiko serangan siber seperti malware, spyware dan kebocoran data peribadi melalui penggunaan perkhidmatan tersebut, platform temu janji turut meningkatkan risiko penipuan cinta dan gangguan seksual.

Polis akan turut mengambil tindakan lebih lanjut sekiranya terdapat unsur pelacuran.

Ia turut mendedahkan bahawa kira-kira 12,705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang, termasuk dua universiti awam, kini mendaftar dengan platform tersebut.

Kementerian pengajian tinggi mempersoalkan kesahihan data tersebut dan pihaknya sedang bekerjasama dengan universiti tempatan untuk meneliti isu berkenaan. #sumber



Demikianlah Artikel Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !

Sekianlah artikel Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/laman-web-temujanji-kontroversi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Laman Web Temujanji Kontroversi "Sugarbook Malaysia" Yang Di Haram Telah Pun Di Tutup !"

Catat Ulasan

Loading...