Loading...

Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib

Loading...
Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib
link : Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib

Baca juga


Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib

 


PUTRAJAYA  -- Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh baharu bermula 5 April ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 1 Okt lepas, mahkamah menetapkan 12 hari bermula 15 hingga 18  Feb, 22 hingga 25 Feb dan 1 hingga 4 Mac depan untuk pendengaran rayuan berkenaan.

Salah seorang peguam Najib Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam hantaran teks pesanan whatsapp kepada Bernama berkata tarikh baharu untuk pendengaran selama 12 hari kini ditetapkan bermula dari 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April.

Sementara itu kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pada 8 Feb akan menerima rekod rayuan dipinda dan mereka perlu menfailkan hujah masing-masing menjelang 1 Mac, dan jawapan hujah menjelang 19 Mac, menurut sumber.

Pengurusan kes berikutnya bagi rayuan ditetapkan pada 22 Feb. 

Tarikh pengurusan kes itu ditetapkan semalam di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam dan N. Kanageswari, dan bersambung hari ini, bagi menetapkan tarikh pendengaran dan menfail hujah.

Turut hadir dalam prosiding pengurusan kes adalah peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Nur Syahirah Hanapiah, manakala pihak pendakwaan diwakili timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan sebelum ini mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya, mengenai mengapa dia perlu dibebaskan daripada pertuduhan.

Pada 28 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati dia bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, penggubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram; serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai# sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib

Sekianlah artikel Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/mahkamah-tetapkan-5-april-ini-tarikh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib"

Catat Ulasan

Loading...