Judul : Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah
link : Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah
Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah
KUALA LUMPURl - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. ISA abdul Samad bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3.09 juta, enam tahun lalu.
Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan gagal patahkan kes atas imbangan kebarangkalian.
Pada masa ini, pihak pembelaan sedang membuat rayuan bagi hukuman.
Berdasarkan pertuduhan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/mahkamah-tinggi-putuskan-tan-sri-isa.html
0 Response to "Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah"
Catat Ulasan