Loading...

Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?

Loading...
Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?
link : Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?

Baca juga


Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?

 


KUANTAN - Susulan kontroversi nonbor 188 pada nama Menara Kuantan yang barilu dirasmikan, hari ini seorang wartawan media Astro yang  mengunakan facebook Awani bin Pahang pula membuat satu lagi pendedahan eksklusif berkaitan '188'. 

Pendedahannya telah dikongsi oleh ramai netizen, rata-rata teruja dengan informasi yang diberikan.  

Menurut beliau, asalnya tapak menara Kuantan 188 dahulu ialah Medan Pelancong bersebelahan dengan stesen bas Benteng. Disitulah ada jeti bot penambang ke Tanjung Lumpur. 

Semasa dalam pembinaan Menara Kuantan 188 iti, namanya Menara Teruntum sebab disitu dibuat Laman Teruntum yang merupakan tapak asal stesen bas benteng dan Medan Pelancong. Malah katanya sign-plate pun siap tulis Menara Teruntum. 



"Namun ada pihak (tak ingat siapa) tak mahu nama yang biasa-biasa sebab takut orang tak ingat atau tak catchy. 

" Kan ada nama Kompleks Teruntum dan suasana kompleks pun sejuk jer.. jadi tak mahu nasib sama berlaku. (Padahal dulu sikit punya meriah komplek tu kan? Sejuk sebab sebelah dah ada Kuantan Parade, tu jer..)," kata beliau. 

Maka itulah langsung dicadangkan nama Menara Kuantan 188 sebab dalam pelan tapak menara tu pada Lot 188. Jadi itulah asal punca namanya begitu. Menurut beliau lagi bunyi macam lain dari biasa itulah yang menyebabkakn orang akan tertanya-tanya apa ceritanya punca nama begitu.

"Boleh jer nak panggil Menara Teruntum sebab orang akan panggil yg ringkas mudah sebut tapi itu bukan nama yg betul. Paling hampir pun Menara Kuantan. Tapi mungkin juga orang akan panggil 'menara' sahaja kut sebab Serambi Teruntum pun orang hanya panggil 'Serambi'. Tak kesahlaa apa pun sbb tak ada dah tempat lain dan menara tu pun kedua tertinggi di Malaysia! Tertinggi ialah Menara KL (421 meter), Menara Taming Sari di Melaka tu 130 meter," katanya lagi. 

(Foto: Kredit Page Kuantan) 

"Sebenarnya semasa zaman Medan Pelancong, dah ada menara yang ikonik jugak, siap dibuat poskad lagi. Dulu area situ sangat meriah sebab ada banyak gerai makan. Kat situ juga opis MPK bahagian parking-parking ni. Situ juga ada farmasi, kedai jamu dan songkok gundal yg femes (pindah sebelah-sebelah Kula Cakes). Farmasi tu pindah Kuantan Plaza (dekat Mydin tapi dah tutup).

"Mula asalnya area situ nak dibuat Pusat Komersial dan Kebudayaan bernilai RM200 juta. Siap ada hotel empat bintang dengan 200 bilik lagi, ada dewan besar dan medan selera konon dibina pada 2009 dan siap 2013 tapi tak menjadi dan medan pelancong tu pun kosong buruk dan jadi sarang dadah," dakwanya lagi. 

Maka itulah, asal usul nama Menara Kuantan 188 kerana pelan tapak menara tersebut adalah Lot 188.

Jika benar dakwaan ini, bermakna terdapay dua versi makna nombor '188' pada menara yang menjadi mercu tanda terbaharu ibu negeri Pahang ini. 

Satunya dikatakan nombor '188' diambil daripada ketinggian menara terbabit iaitu '188 meter' , satu lagi diambil dari nombor lot tapak menaran itu pada geran tanah iaitu 'Lot 188'. Persoalannya, mana satu yang betul?. Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya. 

Maka elok juga cadangan diubah kepada Menara Kuantan tanpa 188, atau nama Menara Teruntum yang asal. Malah jika untuk sejarah Menara Inderapura iaitu nama lama Pahang atau Menara Tok Gajah nama Pahlawan Melayu Pahang terdahulu. 

Lebih afdal lagi gunakan nama sultan sekarang atau terdahulu seperti Menara Sultan Abdullah, Menara Sultan Ahmad Shah atau Menara Sultan Abu Bakar

Tidak perlulah digunakan nombor 188 pada hujungnya yang amat janggal untuk disebut oleh orang ramai sejak awal sebelum ia dirasmikan lagi. #PDO



Demikianlah Artikel Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?

Sekianlah artikel Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/menara-kuantan-kontroversi-nombor-188.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menara Kuantan: Kontroversi, Nombor '188' Di Ambil Pada Nombor Lot Atau Pun Ketinggian ?"

Catat Ulasan

Loading...